Keberkesanan Ekstrak Daun Lidah Jin (Sanseviera Trifasciata) Dalam Mengekalkan Kelembapan Rambut Melalui Formulasi Serum Semula Jadi

Authors

  • Marini Bt Nafi Author
  • Nur Hafiza Bt Misman Author
  • Murni Bt Rahim Author

Keywords:

daun lidah jin, serum rambut, kelembapan rambut

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai kesan penggunaan serum berasaskan ekstrak Sansevieria trifasciata terhadap tahap kelembapan rambut manusia. Objektif utama adalah untuk menentukan sejauh mana aplikasi serum mampu meningkatkan kandungan kelembapan rambut serta menilai keberkesanan kaedah gravimetri sebagai kaedah pengukuran. Rambut sampel yang sihat dan kering ditimbang sebelum aplikasi serum, kemudian disapu dengan 1 ml serum. Selepas satu minggu, aplikasi kedua dilakukan dengan jumlah serum yang sama. Sampel rambut kemudiannya ditimbang sekali lagi sebelum dikeringkan dalam oven pada suhu 60°C selama 24 jam. Berat rambut sebelum dan selepas proses pengeringan digunakan untuk mengira peratus kelembapan. Hasil analisis menunjukkan peningkatan ketara dalam kandungan kelembapan rambut selepas rawatan serum, dengan bacaan kelembapan tertinggi mencapai 67.5%. Sebaliknya, rambut yang tidak dirawat menunjukkan kehilangan berat sekitar 10–15% sahaja selepas dikeringkan, menunjukkan kelembapan semula jadi yang lebih rendah. Peratus kelembapan meningkat seiring dengan jumlah serum yang digunakan, membuktikan keberkesanan serum sebagai agen pelembap. Dapatan ini menunjukkan bahawa ekstrak Sansevieria trifasciata berpotensi tinggi sebagai bahan aktif semula jadi dalam formulasi produk penjagaan rambut. Kajian ini memberi sumbangan penting kepada pembangunan kosmetik berasaskan tumbuhan yang selamat, efektif dan mesra alam.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Marini Bt Nafi
    Department of Agrotechnology and Bio-Industry, Politeknik Jeli Kelantan, Jalan Raya Timur Barat, 17600 Jeli, Kelantan, Malaysia
  • Nur Hafiza Bt Misman
    Department of Agrotechnology and Bio-Industry, Politeknik Jeli Kelantan, Jalan Raya Timur Barat, 17600 Jeli, Kelantan, Malaysia
  • Murni Bt Rahim
    Department of Agrotechnology and Bio-Industry, Politeknik Jeli Kelantan, Jalan Raya Timur Barat, 17600 Jeli, Kelantan, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Keberkesanan Ekstrak Daun Lidah Jin (Sanseviera Trifasciata) Dalam Mengekalkan Kelembapan Rambut Melalui Formulasi Serum Semula Jadi. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 979-985. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/f261