Kajian Penilaian Indeks Ketidakselesaan Termal Di Bilik Darjah Bagi Bangunan Berkonsepkan Konvensional Dan Sistem Binaan Berindustri (Sistem Konkrit Pratuang) Di Sekolah Kebangsaan Sura, Dungun, Terengganu
Keywords:
Persekitaran Termal, Temperature-Humidity Index (THI), Bangunan Konvensional, Sistem Binaan Berindustri (IBS), Bilik DarjahAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai dan membandingkan tahap ketidakselesaan termal berdasarkan Temperature- Humidity Index (THI) antara dua bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Sura, Dungun, Terengganu. Kelas 5 Al- Jazzar mewakili bangunan berkonsepkan konvensional, manakala kelas 6 Al-Battani terletak dalam bangunan berasaskan Sistem Binaan Berindustri (IBS) jenis sistem konkrit pratuang. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pencerapan suhu dan kelembapan relatif menggunakan Xiaomi Humidity Temperature Sensor. Cerapan dijalankan secara berkala dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang setiap hari Jumaat dan Sabtu, sepanjang Ogos hingga Oktober 2024. Data dianalisis menggunakan formula THI yang berasaskan model empirik Fanger (1970). Hasil dapatan menunjukkan bahawa bilik darjah konvensional mencatatkan nilai purata THI lebih rendah (25.8) berbanding IBS (27.9), menunjukkan tahap keselesaan termal yang lebih baik dalam konteks iklim tropika. Kajian mencadangkan beberapa penambahbaikan seperti reka bentuk bangunan yang mengoptimumkan pengudaraan semula jadi, penggunaan bahan binaan mesra haba, serta pemasangan penebat haba pada bumbung dan dinding. Kajian lanjutan turut disarankan bagi mempertimbangkan parameter tambahan seperti halaju udara, suhu sinaran purata dan tingkah laku murid. Kajian ini dapat menjadi rujukan penting kepada arkitek, jurutera dan pembuat dasar dalam usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan efisien.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Engineering and Green Technology
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Kajian Penilaian Indeks Ketidakselesaan Termal Di Bilik Darjah Bagi Bangunan Berkonsepkan Konvensional Dan Sistem Binaan Berindustri (Sistem Konkrit Pratuang) Di Sekolah Kebangsaan Sura, Dungun, Terengganu. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 212-221. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a214