Khasiat Makanan Berwarna Hijau Dalam Konteks Pemakanan Rasulullah S.A.W Dan Terapi Alam Melayu

Authors

  • Che Nor Kharsiah binti Yasin Author
  • Noli binti Kasim Author

Keywords:

khasiat, makanan hijau, sunnah, pemakanan Rasulullah, terapi

Abstract

Pemakanan merupakan aspek penting dalam gaya hidup sihat dan menjadi antara sunnah yang diteladani daripada Rasulullah SAW. Dalam Islam, makanan bukan sekadar pengisi keperluan jasmani, tetapi juga memainkan peranan dalam penyucian rohani dan kestabilan emosi. Kajian ini memfokuskan kepada makanan berwarna hijau yang menjadi antara makanan kegemaran Rasulullah SAW dan hubungannya dengan aspek penyembuhan kesihatan fizikal, mental, dan spiritual. Kajian turut meneliti persamaan antara makanan hijau kegemaran Rasulullah SAW dengan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan tempatan yang sering digunakan dalam rawatan tradisional Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan berdasarkan sumber primer seperti al- Quran dan hadis serta sumber sekunder termasuk buku ilmiah dan artikel penyelidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa makanan berwarna hijau bukan sahaja mempunyai khasiat pemakanan yang tinggi, malah mengandungi ciri antioksidan, anti-radang dan memberi kesan terapeutik semula jadi. Penemuan ini menzahirkan kebijaksanaan sunnah Rasulullah SAW yang mendahului sains moden dalam aspek penjagaan kesihatan secara holistik.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Che Nor Kharsiah binti Yasin
    Department of General Studies, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Noli binti Kasim
    Department of General Studies, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Khasiat Makanan Berwarna Hijau Dalam Konteks Pemakanan Rasulullah S.A.W Dan Terapi Alam Melayu. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 653-661. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c262

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.