Pengintegrasian Pendidikan Alam Sekitar Dalam Kurikulum: Implikasinya Terhadap Tabiat Harian Dan Tingkah Laku Lestari Pelajar
Keywords:
Pendidikan Alam Sekitar, Sikap, Tingkah Laku, KurikulumAbstract
Penerapan pendidikan alam sekitar dalam kurikulum merupakan pendekatan ke arah pendidikan yang berteraskan pembangunan mampan. Ia mampu mendidik para pelajar generasi akan datang ke arah penekanan konsep kehidupan yang lestari. Dalam merealisasikan hasrat mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara mampan menjelang 2030, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti turut berperanan dalam menyediakan pendidikan alam sekitar yang mampu melahirkan generasi masa depan yang berorientasikan masyarakat hijau. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara persepsi, sikap dan tingkah laku pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik terhadap alam sekitar. Seramai 149 orang pelajar dari beberapa politeknik terpilih di zon Timur telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik berskala Likert yang merangkumi aspek pendidikan alam sekitar, persepsi, sikap dan tingkah laku pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar yang menerima pendidikan berkaitan alam sekitar turut terlibat dalam aktiviti perlindungan alam sekitar seperti kesukarelawanan, memberi amaran, penyertaan aktif serta amalan kitar semula dan penggunaan tenaga alternatif yang lebih mesra alam. Dapatan ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap persepsi pelajar terhadap kepentingan pendidikan alam sekitar. Analisis korelasi pula menunjukkan wujud hubungan positif antara pembolehubah persepsi, sikap dan tingkah laku pelajar terhadap alam sekitar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Engineering and Green Technology
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Pengintegrasian Pendidikan Alam Sekitar Dalam Kurikulum: Implikasinya Terhadap Tabiat Harian Dan Tingkah Laku Lestari Pelajar. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 105-113. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a182