Kepentingan Teknologi Hijau Di Dalam Menyokong Pembangunan Mampan Bagi Sektor Pembinaan Dan Alam Sekitar
Keywords:
Teknologi Hijau, Pembangunan Mampan, Perubahan Iklim, Tenaga Boleh Diperbaharui, Biomas, Sustainable Development Goals (SDGs)Abstract
Teknologi hijau telah muncul sebagai pendekatan strategik di dalam usaha global ke arah pencapaian pembangunan mampan. Kajian ini memberi tumpuan kepada pelaksanaannya dalam sektor pembinaan dan alam sekitar dengan menekankan peranannya dalam pemeliharaan sumber asli, pengurangan pencemaran dan penyesuaian terhadap perubahan iklim. Objektif utama kajian adalah untuk mengenalpasti kaedah pelaksanaan teknologi hijau di dalam sektor pembinaan dan alam sekitar serta mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran dalam pelaksanaan teknologi hijau di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif melalui analisis dokumen bagi memahami kepentingan teknologi hijau di dalam sektor pembinaan dan alam sekitar. Data diperoleh daripada sumber primer dan sekunder melibatkan 82 jurnal yang dikaji secara sistematik. Kajian literatur dianalisis menggunakan jadual matriks untuk mengenal pasti kaedah pelaksaan teknologi hijau di dalam sektor pembinaan. Analisis SWOT turut digunakan mengenalpasti dan menganalisa kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran dalam pelaksanaan teknologi hijau di Malaysia. Dapatan kajian mendapati bahawa teknologi hijau boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian utama di dalam sektor pembinaan. Diantaranya adalah melalui Pengurusan Hijau bagi Sisa Tapak Binaan, Rekabentuk Pasif dan Bangunan Hijau, Pengurusan Hijau bagi Air dan Pengurusan Sisa Pepejal, Tekologi Hijau melalui Tenaga boleh diperbaharui dan Biomas, Infrastruktur Hijau serta Penyelidikan dan Inovasi Hijau bagi Bahan Binaan. Semua inisiatif dan kaedah yang dikenalpasti berpotensi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, meminimumkan pembaziran sumber dan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin dan biojisim. Dapatan juga membuktikan bahawa pendekatan berasaskan teknologi dapat meningkatkan ketahanan infrastruktur serta menyokong keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kelestarian ekologi.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Engineering and Green Technology
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Kepentingan Teknologi Hijau Di Dalam Menyokong Pembangunan Mampan Bagi Sektor Pembinaan Dan Alam Sekitar. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 325-337. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a245