Khasiat Makanan Berwarna Hijau Dalam Konteks Pemakanan Rasulullah S.A.W Dan Terapi Alam Melayu
Kata kunci:
khasiat, makanan hijau, sunnah, pemakanan Rasulullah, terapiAbstrak
Pemakanan merupakan aspek penting dalam gaya hidup sihat dan menjadi antara sunnah yang diteladani daripada Rasulullah SAW. Dalam Islam, makanan bukan sekadar pengisi keperluan jasmani, tetapi juga memainkan peranan dalam penyucian rohani dan kestabilan emosi. Kajian ini memfokuskan kepada makanan berwarna hijau yang menjadi antara makanan kegemaran Rasulullah SAW dan hubungannya dengan aspek penyembuhan kesihatan fizikal, mental, dan spiritual. Kajian turut meneliti persamaan antara makanan hijau kegemaran Rasulullah SAW dengan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan tempatan yang sering digunakan dalam rawatan tradisional Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan berdasarkan sumber primer seperti al- Quran dan hadis serta sumber sekunder termasuk buku ilmiah dan artikel penyelidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa makanan berwarna hijau bukan sahaja mempunyai khasiat pemakanan yang tinggi, malah mengandungi ciri antioksidan, anti-radang dan memberi kesan terapeutik semula jadi. Penemuan ini menzahirkan kebijaksanaan sunnah Rasulullah SAW yang mendahului sains moden dalam aspek penjagaan kesihatan secara holistik.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Social Science and Business in TVET
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Khasiat Makanan Berwarna Hijau Dalam Konteks Pemakanan Rasulullah S.A.W Dan Terapi Alam Melayu. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 653-661. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c262