Mesin Pengisian Pra-Retort: Pembangunan Sistem Kecekapan Haba Yang Mampan
Keywords:
Mesin Pra-Retort, Kualiti, Pembangunan, Pemanasan, Pes, PengisianAbstract
Industri pemprosesan makanan memerlukan sistem yang cekap dalam mengekalkan suhu bahan bagi memastikan kualiti produk terjaga sepanjang proses pengisian. Kajian ini membincangkan pembangunan sistem pemanasan tambahan pada mesin pengisian pra-retort bagi mengekalkan suhu bahan pada 80°C. Air dipanaskan di dalam boiler kemudian akan dialirkan melalui hos yang dililit pada corong filling machine. Mesin ini direka untuk menjalankan tiga fungsi utama, iaitu memasak bahan, memindahkan pes masakan, dan membungkus pes dalam satu sistem yang bersepadu. Selain meningkatkan kecekapan haba, sistem pemanasan ini juga berperanan dalam menghalang pencemaran silang semasa proses pemindahan pes masakan ke bekas makanan dan ke mesin pengisian. Pemanasan yang cekap bukan sahaja memastikan kestabilan suhu, malah dapat meningkatkan jangka hayat pes masakan dengan mengurangkan risiko pertumbuhan mikroorganisma yang boleh merosakkan produk. Teknologi Internet of Things (IoT) turut diterapkan bagi membolehkan pemantauan dan kawalan suhu secara masa nyata, memastikan kestabilan haba serta meningkatkan keselamatan produk. Sensor suhu termokopel jenis K digunakan untuk mengukur suhu air, kemudian disepadukan dengan rangkaian IoT membolehkan pemantauan jarak jauh dan analisis data bagi mengoptimumkan kecekapan sistem. Penambahan sistem pemanasan dan IoT ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan tenaga, malah memastikan kestabilan suhu, mengurangkan kehilangan haba, serta meningkatkan kualiti, keselamatan, dan jangka hayat produk akhir. Pembangunan mesin ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan keberkesanan proses industri makanan serta menyokong usaha ke arah teknologi pemprosesan yang lebih lestari.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Engineering and Green Technology
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Mesin Pengisian Pra-Retort: Pembangunan Sistem Kecekapan Haba Yang Mampan. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 32-37. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a145