Penginovasian Alat Rekod Kunci Pejabat Bagi Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Kunci Di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Merlimau Melaka
Keywords:
Pengurusan kunci, Keselamatan, Kod bar, Appsheet, Automasi rekodAbstract
Pengurusan kunci merupakan aspek penting dalam memastikan keselamatan fizikal, perlindungan maklumat sensitif, serta keselamatan individu dan operasi harian. Di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Merlimau Melaka, pengurusan kunci masih dilakukan secara manual melalui buku log. Kaedah ini mempunyai beberapa kekangan seperti kelewatan atau kegagalan merekod peminjaman apabila pengguna kesuntukan masa, ketiadaan alat tulis, serta risiko kehilangan rekod sekiranya buku hilang. Selain itu, semakan maklumat peminjam terkini mengambil masa disebabkan tulisan tangan yang tidak kemas atau kesukaran mencari maklumat secara manual. Bagi mengatasi masalah ini, satu alat pengurusan kunci digital telah direka bentuk. Alat ini menggunakan pengimbas kod bar dan skrin paparan 7 inci melalui tablet. Aplikasi dibangunkan menggunakan platform Appsheet, di mana data direkod dan disimpan dalam tablet secara luar talian, dan akan dimuatnaik ke Google Drive apabila terdapat sambungan internet. Setiap kunci dan nama staf dilabel dengan kod bar bagi mempercepat proses merekod peminjaman dan pemulangan. Walaupun akaun Appsheet percuma mempunyai batasan seperti had 1000 rekod dan tiada akses individu melalui telefon pintar, sistem ini tetap berjaya menjimatkan masa dalam proses rekod dan semakan. Selain itu, data lebih selamat kerana disimpan di cloud storage. Inovasi ini memberi impak positif dalam meningkatkan kecekapan dan keselamatan pengurusan kunci di jabatan tersebut.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Innovation in TVET Learning and Teaching
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Penginovasian Alat Rekod Kunci Pejabat Bagi Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Kunci Di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Merlimau Melaka. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 786-793. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/d251