Analisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Amalan Keselamatan Dan Penggunaan Peralatan Pelindung Diri Dalam Kalangan Pelajar Psmza
Keywords:
Amalan Keselamatan, Peralatan Pelindung Diri (PPE), Pelajar TVET, Politeknik, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), Faktor PengaruhAbstract
Kajian ini menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi amalan keselamatan dan penggunaan Peralatan Pelindung Diri (PPE) dalam kalangan pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). Ia bertujuan untuk menilai tahap amalan keselamatan dan penggunaan PPE, dan mengenalpasti hubungan faktor demografi serta persepsi terhadap elemen budaya keselamatan dengan amalan ini dalam kalangan pelajar. Menggunakan pendekatan kuantitatif dengan data daripada 499 responden, di mana pelajar PSMZA mewakili 50.5% daripada sampel, analisis statistik deskriptif, korelasi Pearson, dan ANOVA telah dijalankan. Dapatan menunjukkan bahawa amalan keselamatan dan penggunaan PPE dalam kalangan responden secara keseluruhan adalah pada tahap sederhana hingga tinggi, namun tiada hubungan signifikan ditemui antara pengalaman kerja atau jantina dengan amalan PPE (p > 0.05). Walau bagaimanapun, elemen budaya keselamatan seperti keberkesanan latihan OSH, persepsi positif terhadap budaya keselamatan, kesedaran KKP, dan pengurusan risiko didapati berkorelasi positif dan signifikan dengan faktor yang mempengaruhi penggunaan APD (r antara .702 hingga .784, p < 0.01). Selain itu, pelajar menunjukkan tahap kesedaran KKP yang lebih rendah secara signifikan berbanding pensyarah, menggariskan jurang kesedaran. Kajian ini menekankan kepentingan latihan yang komprehensif, budaya keselamatan yang kuat, dan kesedaran individu untuk memperkukuh amalan keselamatan dan penggunaan PPE yang konsisten di kalangan pelajar TVET.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Other Issues of Interest Related to TVET Research and Industry
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Analisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Amalan Keselamatan Dan Penggunaan Peralatan Pelindung Diri Dalam Kalangan Pelajar Psmza. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 864-870. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/f143