Transformasi Digital Pengurusan Aktiviti Pelajar Melalui Pembangunan Sistem Berasaskan Web

Authors

  • Norhayati Sa'adah Binti Che Abd Razak Author
  • Nor Azlina Binti Ibrahim Author

Keywords:

Penglibatan, Sistem Digital, Pengurusan

Abstract

Transformasi digital dalam pengurusan pelajar menjadi keperluan mendesak seiring perkembangan teknologi semasa. JTMK Student Achievement Management System (iJSAc) dibangunkan khusus untuk pelajar Politeknik, terutamanya di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), sebagai solusi digital yang merekod, memantau dan menganalisis penglibatan pelajar dalam pelbagai sebuah sistem web interaktif yang direka khusus untuk merekod dan menjejak penglibatan pelajar Politeknik dalam penyertaan pelajar di luar bilik kuliah seperti kursus diiktiraf, pertandingan dalam bidang sukan, bahasa, keagamaan, kemahiran, kebudayaan dan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Sistem ini bukan sahaja menyimpan data penyertaan, malah memberikan markah merit berdasarkan peranan pelajar dalam setiap aktiviti, sekali gus menyokong proses penilaian untuk anugerah akademik dan kokurikulum. iJSAc dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Hypertext Preprocessor dan JavaScript serta menggunakan metodologi Agile yang mempunyai 6 fasa dalam proses pembangunan sistem. Analisis ujian white-box menunjukkan 100% pencapaian sistem yang tiada ralat manakala ujian black-box pula adalah penerimaan pengguna terhadap iJSAc telah memperoleh nilai min yang melebihi 4.0 bagi kesemua aspek iaitu antaramuka pengguna, kecekapan capaian dan kefungsian sistem. iJSAc membantu dalam pengurusan aktiviti dan kegiatan pelajar dengan lebih sistematik, menjimatkan masa, dan meningkatkan ketelusan serta keberkesanan pentadbiran. Secara keseluruhannya, sistem ini merupakan satu inisiatif proaktif ke arah pendigitalan menyeluruh dalam pengurusan aktiviti pelajar di institusi pendidikan tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Norhayati Sa'adah Binti Che Abd Razak
    Department of Information and Communication Technology (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Nor Azlina Binti Ibrahim
    Department of Information and Communication Technology (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Transformasi Digital Pengurusan Aktiviti Pelajar Melalui Pembangunan Sistem Berasaskan Web. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 745-752. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/d215

Similar Articles

1-10 of 37

You may also start an advanced similarity search for this article.