Kajian Kompetensi Pendigitalan Dan Automasi Bagi Revolusi Perindustrian 4.0 Dalam Kalangan Pensyarah Politeknik Malaysia
Keywords:
Revolusi Perindustrian 4.0, Pendigitalan Automasi, Pensyarah TVETAbstract
Kemunculan gelombang teknologi baharu dikenali sebagai ‘Revolusi Perindustrian Keempat' atau IR 4.0 membawa kepada perkembangan teknologi semasa yang meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan berinteraksi antara satu sama lain. Menyahut cabaran IR 4.0, semua pensyarah di Politeknik Premier Malaysia perlu keluar dari zon selesa dan bersedia untuk era baharu ini. Pendigitalan dan automasi bagi Revolusi Perindustrian 4.0 juga boleh menangani kebergantungan kepada sumber tenaga yang akan mengubah masa depan dunia pekerjaan dengan ketara. Sehubungan itu, satu kajian telah dijalankan ke atas 127 orang pensyarah TVET, Jabatan Mekanikal di tiga (3) buah Politeknik Premier Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap pensyarah TVET di Politeknik Premier Malaysia tentang pendigitalan dan automasi bagi Revolusi Perindustrian 4.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekaligus dapat menentukan perbezaan di antara tahap kompetensi pendigitalan dan automasi bagi Revolusi Perindustrian 4.0 dalam kalangan pensyarah Politeknik Premier Malaysia dengan jantina pensyarah. Kajian deskriptif ini menggunakan soal selidik berdasarkan skala likert. Data yang diperolehi diproses dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan nilai min bagi tahap kompetensi pendigitalan dan automasi bagi Revolusi Perindustrian 4.0 dalam kalangan pensyarah TVET di Politeknik Premier Malaysia berada pada tahap tinggi iaitu tahap pengetahuan (4.47), tahap kemahiran (3.85) dan sikap (4.36). Walaupun secara keseluruhan menunjukkan kompetensi berkenaan pendigitalan dan dalam kalangan pensyarah TVET adalah dalam keadaan yang baik, tetapi penyelidik merasakan masih ada ruang untuk meningkatkannya ke tahap yang lebih baik. Oleh itu, untuk menggalakkan peningkatan tahap kompetensi pensyarah TVET, semua pihak perlu lebih fokus untuk memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kualiti pensyarah TVET Malaysia sentiasa dalam keadaan yang baik.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Social Science and Business in TVET
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Kajian Kompetensi Pendigitalan Dan Automasi Bagi Revolusi Perindustrian 4.0 Dalam Kalangan Pensyarah Politeknik Malaysia. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 606-611. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c211