Reka Bentuk Dan Penilaian Meja Belajar Pintar Sebagai Alat Bantu Pengajaran Dalam Subjek Industrial Automation

Authors

  • Jannatunnaim Binti Harun Author
  • Nor Azrin Binti Nozmi Author
  • Gwee Chiou Chin Author

Keywords:

Meja Belajar Pintar, Industrial Automation, Arduino UNO, Motor DC 12V Sistem Kawalan Automatik

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada reka bentuk dan penilaian Meja Belajar Pintar sebagai alat bantu pengajaran dalam subjek Industrial Automation, yang menekankan elemen praktikal dan aplikasi dunia sebenar. Kajian ini dijalankan bagi menangani isu kekurangan alat bantu mengajar interaktif yang dapat memudahkan pemahaman pelajar terhadap konsep automasi industri, khususnya dalam aspek penggerak, sistem mekanikal dan integrasi sensor. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan satu prototaip meja belajar yang mampu meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar secara interaktif melalui penggunaan teknologi automasi.Meja ini direka bentuk menggunakan mikropengawal Arduino UNO untuk mengawal motor DC 12V melalui pemacu motor L298N, dan disambungkan secara tanpa wayar menggunakan modul Bluetooth HC-05. Antara fungsi utama termasuk sistem lipatan automatik, roda bermotor dan port pengecas USB, yang membolehkan kawalan sepenuhnya melalui telefon pintar.Kaedah kajian melibatkan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PjBL), diikuti dengan soal selidik kepada 25 orang pelajar. Hasil analisa menunjukkan purata skor kefahaman pelajar meningkat kepada 4.3 daripada 5, dengan sisihan piawai ±0.52. Kesimpulannya, Meja Belajar Pintar menunjukkan dapat membantu sebagai alat bantu pengajaran yang interaktif dan berkesan dalam menyokong keperluan pendidikan teknikal semasa. Cadangan penambahbaikan termasuklah penambahan fungsi IoT, integrasi paparan maklum balas masa nyata dan sambungan ke platform pembelajaran digital seperti Google Classroom.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Jannatunnaim Binti Harun
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Merlimau Melaka, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
  • Nor Azrin Binti Nozmi
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Merlimau Melaka, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
  • Gwee Chiou Chin
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Merlimau Melaka, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Reka Bentuk Dan Penilaian Meja Belajar Pintar Sebagai Alat Bantu Pengajaran Dalam Subjek Industrial Automation. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 768-775. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/d249

Similar Articles

1-10 of 41

You may also start an advanced similarity search for this article.