Kajian Terhadap Ciri-Ciri, Minat Dan Keyakinan Keusahawanan Pastri Dalam Kalangan Pelajar Semester Akhir Sijil Pastri Kolej Komuniti Jeli Untuk Menceburi Perniagaan Pastri Selepas Tamat Pengajian

Authors

  • Rodiah binti Ismail Author
  • Mohd Shaifullah bin Mohd Daud Author
  • Roswati binti Md Zain Author

Keywords:

Keusahawanan Pastri, Sijil Pastri, Kolej Komuniti

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kecenderungan pelajar semester akhir Sijil Pastri Kolej Komuniti Jeli untuk menceburi bidang perniagaan pastri selepas tamat pengajian. Seramai 25 orang pelajar yang merupakan keseluruhan pelajar semester akhir program ini telah dipilih sebagai responden. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data berkaitan tiga aspek utama: ciri-ciri keusahawanan pelajar, minat mereka terhadap perniagaan pastri, dan tahap keyakinan untuk memulakan perniagaan. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Microsoft Excel untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Hasil analisis menunjukkan tahap keyakinan keusahawanan pelajar adalah tinggi (min=4.51), manakala minat keusahawanan (min=3.57) dan keyakinan dalam kemahiran pengurusan (min=3.52) berada pada tahap sederhana. Dapatan ini memberi implikasi penting kepada institusi untuk memperkasakan program kesediaan keusahawanan melalui integrasi pembelajaran berasaskan pengalaman, program mentoran berstruktur, dan kolaborasi industri yang lebih kukuh. Berdasarkan dapatan ini, adalah dicadangkan agar pendedahan kepada modul keusahawanan pastri dimulakan seawal semester pertama untuk memberi masa yang lebih panjang kepada pelajar memahami dan bersedia menghadapi cabaran dunia perniagaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Rodiah binti Ismail
    Kolej Komuniti Jeli, Lot 2396 Kg Chedok, Bukit Bunga, Kelantan, Malaysia
  • Mohd Shaifullah bin Mohd Daud
    Kolej Komuniti Jeli, Lot 2396 Kg Chedok, Bukit Bunga, Kelantan, Malaysia
  • Roswati binti Md Zain
    Kolej Komuniti Jeli, Lot 2396 Kg Chedok, Bukit Bunga, Kelantan, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Kajian Terhadap Ciri-Ciri, Minat Dan Keyakinan Keusahawanan Pastri Dalam Kalangan Pelajar Semester Akhir Sijil Pastri Kolej Komuniti Jeli Untuk Menceburi Perniagaan Pastri Selepas Tamat Pengajian. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 632-644. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c237

Similar Articles

1-10 of 15

You may also start an advanced similarity search for this article.