Strategi Pembelajaran Berkesan Berdasarkan Perspektif Pelajar Dalam Kursus Geografi Pelancongan (Spl20043): Kajian Kes Di Kolej Komuniti Semporna

Authors

  • Celicia binti Jumrah Author
  • Ahyadi Pakhrulislam bin Khairul Author
  • Murni Azila binti Ahmad Author

Keywords:

Geografi Pelancongan, strategi pembelajaran, belajar berkumpulan

Abstract

Kelemahan pelajar dalam memahami dan mengingati kedudukan benua serta lautan dalam kursus Geografi Pelancongan (SPL20043) merupakan satu isu yang perlu ditangani dengan pendekatan yang efektif. Kajian ini bertujuan mengenal pasti strategi pembelajaran yang paling berkesan dalam membantu pelajar mengatasi kesukaran tersebut. Seramai 32 orang pelajar Semester 2 dari Kolej Komuniti Semporna telah terlibat dalam kajian ini melalui teknik pensampelan rawak. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar memilih strategi pembelajaran secara berkumpulan (81.3%). Diikuti oleh menjawab kuiz geografi (75%) dan belajar secara individu (68.8%). Manakala menonton video YouTube merupakan strategi yang paling kurang diminati, dengan hanya 21.9% pelajar memilih kaedah ini. Kajian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti strategi pembelajaran yang paling sesuai dan berkesan mengikut keperluan serta kecenderungan pelajar dalam kursus Geografi Pelancongan. Dapatan kajian ini boleh membantu pensyarah merancang pendekatan pengajaran yang lebih interaktif dan relevan, seterusnya meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, kajian ini juga memberi panduan kepada institusi pendidikan untuk memperbaiki kurikulum dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Celicia binti Jumrah
    Department of Tourism and Adventure Certificate, Kolej Komuniti Semporna, 91308 Semporna, Sabah, Malaysia
  • Ahyadi Pakhrulislam bin Khairul
    Department of Tourism and Adventure Certificate, Kolej Komuniti Semporna, 91308 Semporna, Sabah, Malaysia
  • Murni Azila binti Ahmad
    Department of Tourism and Adventure Certificate, Kolej Komuniti Semporna, 91308 Semporna, Sabah, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Strategi Pembelajaran Berkesan Berdasarkan Perspektif Pelajar Dalam Kursus Geografi Pelancongan (Spl20043): Kajian Kes Di Kolej Komuniti Semporna. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 943-949. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/f234

Similar Articles

1-10 of 19

You may also start an advanced similarity search for this article.