Keberkesanan Program Keusahawanan Dalam Meningkatkan Kemahiran Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Kuantan
Keywords:
keusahawanan, pelajar Kolej Komuniti Kuantan, program keusahawanan pelajar, tahap keberkesanan programAbstract
Program Keusahawanan Pelajar Kolej Komuniti Kuantan merupakan inisiatif strategik untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam dunia perniagaan. Dalam menghadapi perubahan ekonomi yang pesat dan keperluan untuk inovasi, program ini dirancang untuk mempersiapkan pelajar dengan asas keusahawanan yang kukuh dan praktikal. Pelaksanaan program ini adalah hasil kerjasama antara Unit Keusahawanan, Unit Pengajian Am, dan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Kuantan. Program ini dirangka sebagai salah satu medium penting bagi menerapkan elemen keusahawanan dalam kalangan pelajar, khususnya kepada pelajar yang berada di semester tiga dan semester akhir pengajian. Pendekatan ini diambil bagi memperkukuh pemahaman serta penerapan nilai keusahawanan sebagai persediaan ke arah pembentukan graduan yang berdaya saing dan berorientasikan keusahawanan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keberhasilan penganjuran program keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Kuantan. Seramai 42 responden yang terlibat terdiri daripada pelajar Program Sijil Teknologi Elektrik, Program Sijil Kulinari dan Program Sijil Operasi Perhotelan. Kajian ini dilaksanakan dalam bentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data diperoleh melalui borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Instrumen kajian menggunakan skala Likert lima mata bagi menilai tahap persetujuan responden terhadap setiap item. Data dianalisis secara statistik deskriptif yang melibatkan nilai min dan peratusan bagi setiap pemboleh ubah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelaksanaan program (min = 4.91) dan tahap keberkesanan program (min = 4.92) berada pada kategori sangat tinggi berdasarkan interpretasi skala yang digunakan. Skor min keseluruhan juga berada pada tahap yang tinggi, sekali gus menggambarkan bahawa program-program yang dilaksanakan secara umumnya berkesan dalam mempertingkat kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa program keusahawanan yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik mampu menjadi platform berkesan dalam memperkukuh kompetensi keusahawanan pelajar serta melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin mencabar dan berdaya saing.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Social Science and Business in TVET
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Keberkesanan Program Keusahawanan Dalam Meningkatkan Kemahiran Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Kuantan. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 645-652. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c240