Kajian Terhadap Ciri-Ciri, Minat Dan Keyakinan Keusahawanan Pastri Dalam Kalangan Pelajar Semester Akhir Sijil Pastri Kolej Komuniti Jeli Untuk Menceburi Perniagaan Pastri Selepas Tamat Pengajian
Kata kunci:
Keusahawanan Pastri, Sijil Pastri, Kolej KomunitiAbstrak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kecenderungan pelajar semester akhir Sijil Pastri Kolej Komuniti Jeli untuk menceburi bidang perniagaan pastri selepas tamat pengajian. Seramai 25 orang pelajar yang merupakan keseluruhan pelajar semester akhir program ini telah dipilih sebagai responden. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data berkaitan tiga aspek utama: ciri-ciri keusahawanan pelajar, minat mereka terhadap perniagaan pastri, dan tahap keyakinan untuk memulakan perniagaan. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Microsoft Excel untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Hasil analisis menunjukkan tahap keyakinan keusahawanan pelajar adalah tinggi (min=4.51), manakala minat keusahawanan (min=3.57) dan keyakinan dalam kemahiran pengurusan (min=3.52) berada pada tahap sederhana. Dapatan ini memberi implikasi penting kepada institusi untuk memperkasakan program kesediaan keusahawanan melalui integrasi pembelajaran berasaskan pengalaman, program mentoran berstruktur, dan kolaborasi industri yang lebih kukuh. Berdasarkan dapatan ini, adalah dicadangkan agar pendedahan kepada modul keusahawanan pastri dimulakan seawal semester pertama untuk memberi masa yang lebih panjang kepada pelajar memahami dan bersedia menghadapi cabaran dunia perniagaan.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Social Science and Business in TVET
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Kajian Terhadap Ciri-Ciri, Minat Dan Keyakinan Keusahawanan Pastri Dalam Kalangan Pelajar Semester Akhir Sijil Pastri Kolej Komuniti Jeli Untuk Menceburi Perniagaan Pastri Selepas Tamat Pengajian. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 632-644. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c237