Faktor - Faktor Pemilihan Kerjaya Bidang Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik

Authors

  • Syahieda Binti Zakaria Author
  • Zarina Binti Musa Author

Keywords:

Keusahawanan, Aspirasi Kerjaya, Pelajar Politeknik, Faktor Penentu Pemilihan Kerjaya Keusahawanan

Abstract

Keusahawanan memainkan peranan yang signifikan dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui sumbangannya terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), galakan pelaburan, serta penyediaan peluang pekerjaan. Oleh itu, kerjaya dalam bidang keusahawanan wajar dipertimbangkan sebagai salah satu pilihan utama oleh para pelajar untuk masa depan mereka. Selaras dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar Diploma Teknologi Digital (DDT) di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Bagi tujuan pengumpulan data, soal selidik telah diedarkan kepada 36 orang pelajar yang dijadikan responden kajian. Instrumen kajian menggunakan kaedah soal selidik dengan item berasaskan Skala Likert. Hasil kajian menunjukkan bahawa para pelajar berminat untuk menjadi usahawan dan mempunyai sikap yang positif terhadap kerjaya dalam bidang keusahawanan.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Syahieda Binti Zakaria
    Department of Information and Communication Technology (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Zarina Binti Musa
    Department of Information and Communication Technology (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Faktor - Faktor Pemilihan Kerjaya Bidang Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 558-565. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c171

Similar Articles

1-10 of 111

You may also start an advanced similarity search for this article.