Model Pemupukan Budaya Inovasi Di Kolej Komuniti Kok Lanas: Analisis Program Student Lecturer Innovation Competition (Slic) 4.0

Authors

  • Nor Hasnita Binti Nawi Author
  • Noor Azah Binti Mohd Nor Author
  • Mohd Nizat Bin Abdul Kadir Author

Keywords:

Budaya Inovasi, Pertandingan Inovasi Student Lecturer Innovation Competition (SLIC) 4.0, Model SLIC

Abstract

Pemupukan budaya inovasi merupakan elemen penting dalam institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termasuk Kolej Komuniti Kok Lanas (KKKLK) untuk melahirkan graduan yang berdaya saing. Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan, telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Inovasi kategori Pelajar dan Pensyarah melalui Program ‘Student Lecturer Innovation Competition’ (SLIC) 4.0 pada 24 April 2024 sebagai satu platform strategik untuk menggalakkan aplikasi, inovasi, dan kreativiti. Analisis program ini bertujuan untuk menambah baik model pelaksanaan program SLIC, menilai keberkesanan program SLIC dalam mencapai objektifnya berdasarkan persepsi peserta, dan mengenal pasti kekuatan serta kelemahan model program SLIC sebagai mekanisme pemupukan budaya inovasi. Kaedah kajian kes adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Data sekunder dianalisis sepenuhnya daripada Laporan Program SLIC 4.0, merangkumi butiran pelaksanaan program dan data tinjauan soal selidik pasca-program yang melibatkan 28 orang peserta (pelajar dan pensyarah). Analisis menunjukkan model SLIC 4.0 berjaya dilaksanakan. Dapatan menunjukkan majoriti peserta bersetuju bahawa objektif program tercapai, kandungan sesuai, dan konsep pertandingan menarik serta berkesan. Peserta melaporkan peningkatan signifikan dalam pemahaman, minat, keyakinan diri untuk berinovasi, dan kesedaran terhadap potensi reka cipta diri selepas program. Namun, beberapa aspek logistik seperti tempoh masa pembangunan produk dan keselesaan tempat dikenal pasti sebagai kelemahan. Kajian ini mencadangkan agar model SLIC perlu diperkukuhkan dengan menambah baik aspek logistik seperti penyediaan tempoh masa pembangunan inovasi yang lebih fleksibel dan pemilihan lokasi yang lebih kondusif. Penambahan bengkel inovasi persediaan dan usaha menjadikan SLIC sebagai acara tahunan juga disarankan untuk memastikan kelestarian dalam pemupukan budaya inovasi di KKKLK.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Nor Hasnita Binti Nawi
    Kolej Komuniti Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia
  • Noor Azah Binti Mohd Nor
    Kolej Komuniti Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia
  • Mohd Nizat Bin Abdul Kadir
    Kolej Komuniti Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Model Pemupukan Budaya Inovasi Di Kolej Komuniti Kok Lanas: Analisis Program Student Lecturer Innovation Competition (Slic) 4.0. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 830-839. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/d285

Similar Articles

1-10 of 47

You may also start an advanced similarity search for this article.