Perisian Dinamik Ketebalan Turapan Jalan: Pendekatan Baharu Dalam Pengajaran Pavement Engineering.
Keywords:
Aliran trafik, masa kitaran, persimpangan isyarat, kesesakan jalan raya, jejambat, nisbah kadar aliranAbstract
Perisian ini dibangunkan sebagai satu sistem pintar untuk memudahkan proses mereka bentuk ketebalan turapan lentur jalan raya, mengikut panduan dalam Arahan Teknik Jalan (ATJ) oleh JKR. Topik ini adalah penting dalam modul Pavement Engineering, namun sering menjadi cabaran kepada pelajar, khususnya di peringkat diploma. Sebelum ini, pelajar perlu membuat pengiraan secara manual menggunakan formula dan jadual dalam manual, yang bukan sahaja mengambil masa tetapi juga sukar difahami. Akibatnya, minat dan pencapaian pelajar terjejas, sekali gus menyukarkan persediaan mereka untuk kerjaya dalam bidang kejuruteraan jalan raya. Bagi mengatasi masalah ini, perisian ini direka bentuk untuk menjadikan proses pembelajaran lebih mudah dan berkesan. Dengan antaramuka yang mesra pengguna, pelajar hanya perlu memasukkan maklumat asas dan memilih parameter yang berkaitan. Sistem ini kemudian akan menjalankan analisis dan menghasilkan rekabentuk turapan lengkap, termasuk ketebalan dan rajah yang tepat. Perisian ini bukan sahaja membantu pelajar, tetapi juga berguna untuk pensyarah, jurutera JKR, dan perunding kejuruteraan. Ia dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan JavaScript dan telah diuji oleh pelajar, pensyarah, dan jurutera profesional. Seramai 50 orang pelajar telah memberikan maklum balas terhadap keberkesanan perisian ini, dan hasil dapatan menunjukkan skor purata keseluruhan sebanyak 4.19 daripada 5.00. Maklum balas yang diterima amat positif, membuktikan bahawa perisian ini dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam rekabentuk turapan jalan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Innovation in TVET Learning and Teaching
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Perisian Dinamik Ketebalan Turapan Jalan: Pendekatan Baharu Dalam Pengajaran Pavement Engineering. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 698-705. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/d181