Cabaran & Penambahbaikan Pedagogi Dalam Pengajaran Subjek Mekanik Bahan Di Politeknik Malaysia: Suatu Ulasan Naratif

Authors

  • Hasanul Hadi Bin M Saleh Author
  • Rosniza Binti Ramli Author

Keywords:

Mekanik Bahan, Pendidikan Kejuruteraan, Outcome-Based Education (OBE), Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL), TVET Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti cabaran utama serta mencadangkan penambahbaikan pedagogi dalam pengajaran kursus Mekanik Bahan (Strength of Materials, SoM) di Politeknik Malaysia dalam program Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Melalui pendekatan ulasan naratif, kajian ini menganalisis literatur berkaitan pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE), kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar (PBL dan PjBL), serta integrasi teknologi dan kemahiran insaniah dalam kelas. Hasil analisis mendapati wujudnya jurang ketara dalam keberkesanan pedagogi semasa yang terlalu berfokus kepada teori, pelaksanaan OBE yang tidak seragam, serta kekurangan penggunaan teknologi digital dan pembangunan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Antara saranan utama termasuklah penggunaan alat bantu digital seperti simulasi 3D dan perisian kejuruteraan (ANSYS, SolidWorks, CAD), pemantapan pemetaan CLO-PLO menerusi latihan pensyarah, dan pelaksanaan PBL secara sistematik. Kajian turut menekankan keperluan kajian empirikal pada masa hadapan bagi menilai keberkesanan pendekatan hibrid secara langsung dalam konteks pembelajaran sebenar. Penemuan ini memberikan sumbangan bermakna kepada pelaksanaan Pelan Tindakan Pendidikan TVET Negara 2021–2030, khususnya dalam usaha memperkasa pedagogi berimpak tinggi, meningkatkan kompetensi pensyarah dan melahirkan graduan politeknik yang responsif serta kompeten sejajar dengan keperluan industri global.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Hasanul Hadi Bin M Saleh

    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 08, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia 

  • Rosniza Binti Ramli

    Department of Electrical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Cabaran & Penambahbaikan Pedagogi Dalam Pengajaran Subjek Mekanik Bahan Di Politeknik Malaysia: Suatu Ulasan Naratif. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 986-993. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/f274

Similar Articles

1-10 of 115

You may also start an advanced similarity search for this article.