Kajian Pencapaian Objektif Pendidikan Program (Peo) Berdasarkan Kurikulum 2014 Bagi Diploma Kejuruteraan Mekatronik Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Psmza)
Keywords:
Objektif Pendidikan Program (PEO), Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik Graduan Kohort 2018 hingga 2021Abstract
Objektif Pendidikan Program (PEO) merupakan sasaran khusus program yang dirangka selaras dengan misi dan visi serta aspirasi institusi pengajian. Ia merangkumi pencapaian yang dijangka akan dimiliki oleh graduan dalam kerjaya dan kehidupan profesional mereka selepas tamat pengajian. PEO yang berkesan harus bersifat spesifik, boleh dicapai, boleh diukur, berorientasikan hasil dan terikat kepada jangka masa tertentu. Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik adalah antara salah satu program kejuruteraan yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di PSMZA. Dalam kajian ini, kaedah soal selidik jenis tertutup (dichotomous) digunakan bagi menilai pencapaian PEO yang berkaitan dengan kerjaya, etika profesional, keusahawanan berasaskan pengetahuan kejuruteraan dan pembangunan kerjaya. Kajian ini bertujuan mengenalpasti graduan TVET yang seimbang dan merangkumi kesemua PEO utama. Kajian telah dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan dibuka untuk maklum balas pada awal tahun 2024. Seramai 140 graduan daripada kohort 2018 hingga 2021 telah memberikan maklum balas terhadap soal selidik ini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Industry-Based Education
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Kajian Pencapaian Objektif Pendidikan Program (Peo) Berdasarkan Kurikulum 2014 Bagi Diploma Kejuruteraan Mekatronik Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (Psmza). (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 425-436. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/b188