Kajian Analisis Aliran Trafik Dan Kitaran Masa Di Persimpangan Jejambat Persiaran Utama, Seremban 2

Authors

  • Nurul Qamar bin Hazni Author
  • Suriah binti Mohamad Author
  • Amran bin Asan Author
  • Munshi Bin Hashim Author

Keywords:

Aliran trafik, masa kitaran, persimpangan isyarat, kesesakan jalan raya, jejambat, nisbah kadar aliran

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menilai prestasi aliran trafik dan masa kitaran lampu isyarat di Persiaran Utama Seremban 2, berikutan masalah kesesakan dan isu keselamatan yang semakin ketara di kawasan tersebut. Persimpangan tanpa kawalan dikenal pasti sebagai punca utama kesesakan, justeru pemasangan lampu isyarat dilaksanakan bagi mengatur pergerakan kenderaan. Walau bagaimanapun, peningkatan jumlah trafik akibat pembangunan pesat menyebabkan kecekapan lampu isyarat berkurangan, lalu mendorong kepada pembinaan jejambat sebagai langkah alternatif. Kajian ini melibatkan pemantauan isipadu trafik selama tiga hari pada waktu puncak (7:00 pagi, 1:00 petang dan 5:00 petang) untuk menganalisis keberkesanan jejambat berdasarkan nisbah kadar aliran dan masa kitaran optima. Hasil kajian menunjukkan bahawa nisbah kadar aliran kekal di bawah 0.85 dan masa kitaran tidak melebihi 120 saat, menandakan peningkatan dalam kawalan aliran trafik dan keselamatan jalan raya. Kesimpulannya, pembinaan jejambat di persimpangan utama didapati berkesan dalam mengurangkan kesesakan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan lalu lintas.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Nurul Qamar bin Hazni
    Civil Engineering Department, Politeknik Port Dickson, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Suriah binti Mohamad
    Civil Engineering Department, Politeknik Port Dickson, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Amran bin Asan
    Civil Engineering Department, Politeknik Port Dickson, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Munshi Bin Hashim
    Civil Engineering Department, Politeknik Port Dickson, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Kajian Analisis Aliran Trafik Dan Kitaran Masa Di Persimpangan Jejambat Persiaran Utama, Seremban 2. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 97-104. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a180

Similar Articles

1-10 of 43

You may also start an advanced similarity search for this article.