Pembangunan Kit Pembelajaran 4-Bit Asynchronous Counter
Keywords:
Kaunter, Elektronik Digital, flip-flopAbstract
Topik kaunter digital bagi subjek Elektronik Digital sering menjadi cabaran kepada pelajar, terutamanya dalam memahami konsep kaunter tak segerak (asynchronous counter) dan pergerakan isyarat jam (clock). Justeru itu, pembangunan Kit Pembelajaran 4-bit Asynchronous Counter dilaksanakan yang bertujuan untuk memudahkan pemahaman pelajar terhadap prinsip dan operasi kaunter tersebut. Kaunter digital merupakan komponen asas dalam sistem elektronik digital dan terbahagi kepada dua jenis utama iaitu segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous). Kit yang dibangunkan ini berbentuk latihan mudah alih dan menggunakan komponen seperti IC 7476 (JK Flip-Flop), suis input sebagai jam manual, serta light-emitting diode (LED) sebagai paparan keluaran. Pembangunan kit ini dapat membantu pelajar memahami operasi Asynchronous Up dan Down Counter dengan lebih berkesan melalui visualisasi secara langsung. Di samping itu, kit ini bersifat kos rendah, mudah digunakan, dan sangat sesuai dijadikan sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Elektronik Digital di peringkat politeknik dan institusi TVET.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Innovation in TVET Learning and Teaching
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Pembangunan Kit Pembelajaran 4-Bit Asynchronous Counter. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 823-829. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/d273