Pembangunan Kit Pembelajaran 4-Bit Asynchronous Counter
Kata kunci:
Kaunter, Elektronik Digital, flip-flopAbstrak
Topik kaunter digital bagi subjek Elektronik Digital sering menjadi cabaran kepada pelajar, terutamanya dalam memahami konsep kaunter tak segerak (asynchronous counter) dan pergerakan isyarat jam (clock). Justeru itu, pembangunan Kit Pembelajaran 4-bit Asynchronous Counter dilaksanakan yang bertujuan untuk memudahkan pemahaman pelajar terhadap prinsip dan operasi kaunter tersebut. Kaunter digital merupakan komponen asas dalam sistem elektronik digital dan terbahagi kepada dua jenis utama iaitu segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous). Kit yang dibangunkan ini berbentuk latihan mudah alih dan menggunakan komponen seperti IC 7476 (JK Flip-Flop), suis input sebagai jam manual, serta light-emitting diode (LED) sebagai paparan keluaran. Pembangunan kit ini dapat membantu pelajar memahami operasi Asynchronous Up dan Down Counter dengan lebih berkesan melalui visualisasi secara langsung. Di samping itu, kit ini bersifat kos rendah, mudah digunakan, dan sangat sesuai dijadikan sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Elektronik Digital di peringkat politeknik dan institusi TVET.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Innovation in TVET Learning and Teaching
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Pembangunan Kit Pembelajaran 4-Bit Asynchronous Counter. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 823-829. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/d273