Model Pemupukan Budaya Inovasi Di Kolej Komuniti Kok Lanas: Analisis Program Student Lecturer Innovation Competition (Slic) 4.0
Kata kunci:
Budaya Inovasi, Pertandingan Inovasi Student Lecturer Innovation Competition (SLIC) 4.0, Model SLICAbstrak
Pemupukan budaya inovasi merupakan elemen penting dalam institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termasuk Kolej Komuniti Kok Lanas (KKKLK) untuk melahirkan graduan yang berdaya saing. Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan, telah mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Inovasi kategori Pelajar dan Pensyarah melalui Program ‘Student Lecturer Innovation Competition’ (SLIC) 4.0 pada 24 April 2024 sebagai satu platform strategik untuk menggalakkan aplikasi, inovasi, dan kreativiti. Analisis program ini bertujuan untuk menambah baik model pelaksanaan program SLIC, menilai keberkesanan program SLIC dalam mencapai objektifnya berdasarkan persepsi peserta, dan mengenal pasti kekuatan serta kelemahan model program SLIC sebagai mekanisme pemupukan budaya inovasi. Kaedah kajian kes adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Data sekunder dianalisis sepenuhnya daripada Laporan Program SLIC 4.0, merangkumi butiran pelaksanaan program dan data tinjauan soal selidik pasca-program yang melibatkan 28 orang peserta (pelajar dan pensyarah). Analisis menunjukkan model SLIC 4.0 berjaya dilaksanakan. Dapatan menunjukkan majoriti peserta bersetuju bahawa objektif program tercapai, kandungan sesuai, dan konsep pertandingan menarik serta berkesan. Peserta melaporkan peningkatan signifikan dalam pemahaman, minat, keyakinan diri untuk berinovasi, dan kesedaran terhadap potensi reka cipta diri selepas program. Namun, beberapa aspek logistik seperti tempoh masa pembangunan produk dan keselesaan tempat dikenal pasti sebagai kelemahan. Kajian ini mencadangkan agar model SLIC perlu diperkukuhkan dengan menambah baik aspek logistik seperti penyediaan tempoh masa pembangunan inovasi yang lebih fleksibel dan pemilihan lokasi yang lebih kondusif. Penambahan bengkel inovasi persediaan dan usaha menjadikan SLIC sebagai acara tahunan juga disarankan untuk memastikan kelestarian dalam pemupukan budaya inovasi di KKKLK.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Innovation in TVET Learning and Teaching
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Model Pemupukan Budaya Inovasi Di Kolej Komuniti Kok Lanas: Analisis Program Student Lecturer Innovation Competition (Slic) 4.0. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 830-839. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/d285