Analisis Perbandingan Kemahiran Komunikasi Dan Kecekapan Ict Melalui Pendekatan Kolaboratif Psh Rentas Negara
Keywords:
Pendidikan Sepanjang Hayat, Kemahiran Komunikasi, Kecekapan ICT, Pendidikan Vokasional, Kolaborasi Rentas NegaraAbstract
Kajian ini menilai keberkesanan Program Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) yang dilaksanakan secara kolaboratif antara Malaysia dan Indonesia dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan kecekapan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar politeknik. Menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif, seramai 212 pelajar terlibat dalam bengkel teknikal atas talian meliputi penyelenggaraan sistem rangkaian dan interaksi rentas negara. Instrumen soal selidik dengan kebolehpercayaan tinggi (α = 0.981) digunakan untuk mengukur kemahiran komunikasi dan kecekapan ICT. Dapatan menunjukkan skor min sangat tinggi bagi kedua-dua dimensi: komunikasi (M = 4.33) dan ICT (M = 4.41), dengan sisihan piawai yang rendah, menunjukkan penguasaan yang konsisten. Interaksi antarabangsa turut meningkatkan keyakinan pelajar, pemahaman silang budaya dan kerjasama global. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan model PSH rentas negara yang menyepadukan elemen teknikal dan insaniah secara efektif. Dapatan ini memberi implikasi positif terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4 dan SDG 8), khususnya dalam memperluas akses kepada pendidikan berkualiti dan pembangunan kemahiran untuk kebolehpasaran pekerjaan masa depan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
International Collaboration in TVET
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Analisis Perbandingan Kemahiran Komunikasi Dan Kecekapan Ict Melalui Pendekatan Kolaboratif Psh Rentas Negara. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 840-848. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/e252