Pendekatan Bursa-Wolf Dalam Penukaran Koordinat Dan Transformasi Datum Untuk Kegunaan Geodetik Dan Pemetaan

Authors

  • Asrul Bin Zakaria Author

Keywords:

Transformasi Datum, Model Bursa-Wolf, Sistem Koordinat, Rujukan Geodetik

Abstract

Penentuan kedudukan spatial yang tepat dalam kerja-kerja geodetik dan pemetaan di Malaysia menghadapi cabaran disebabkan oleh ketidaktepatan penggunaan datum dan sistem koordinat yang berbeza-beza. Wujudnya pelbagai model datum yang diasaskan kepada pelbagai sistem rujukan ellipsoid, unit ukuran, sistem koordinat, dan unjuran peta menyebabkan ketidakselarasan dan ketidaktepatan data spatial. Kajian ini bertujuan untuk meneliti model Bursa-Wolf tujuh parameter sebagai kaedah matematik untuk menukar koordinat Cartesian tiga dimensi antara dua datum yang berbeza. Kajian ini juga menganalisis asas sistem datum yang digunakan di Malaysia, mengenal pasti kaedah transformasi datum yang digunakan, serta menilai kesesuaiannya dalam melaksanakan Sistem Rujukan Koordinat yang konsisten dan tepat. Selain itu, kajian ini meneliti perancangan dan keperluan terhadap pembangunan Sistem Rujukan Koordinat yang mantap. Melalui analisis terhadap parameter transformasi serta hubungan antara sistem rujukan sumber dan sasaran, kajian ini memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai aspek teori dan aplikasi praktikal dalam transformasi datum. Hasil kajian awal menunjukkan kepentingan pemilihan model transformasi yang bersesuaian untuk meminimumkan ralat dan memastikan keseragaman dalam integrasi data spatial. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan sistem rujukan geodetik yang lebih tepat dan standard, sekaligus menyokong keperluan pemetaan, ukur tanah, dan analisis spatial di Malaysia

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Asrul Bin Zakaria
    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, 25350 Kuantan, Pahang, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Pendekatan Bursa-Wolf Dalam Penukaran Koordinat Dan Transformasi Datum Untuk Kegunaan Geodetik Dan Pemetaan. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 268-275. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a235

Similar Articles

1-10 of 26

You may also start an advanced similarity search for this article.