Pembangunan Dan Penilaian Prototaip Tapak Ujian Mudah Alih Sebagai Diagnostik Pantas Alat Electromagnetic Locator (Eml)

Authors

  • Nur Syamsinar Fadhilah Binti Mohamad Jaya Author
  • Helmi Bin Abd Kadir Author
  • Che Ku Ahmad Fuad Bin Che Ku Abdullah Author

Keywords:

Prototaip Tapak Ujian Mudah Alih, Electromagnetic Locator (EML)

Abstract

Elecromagnetic Locator (EML) merupakan alat digunakan untuk kerja pengesanan dan pengukuran utiliti bawah tanah bagi tujuan pemetaan. Bagi memastikan alat dalam kondisi yang baik dan memberikan ketepatan dalam pengukuran bacaan kedalaman, ia perlu dilakukan pengujian dan kalibrasi sekurang-kurang sekali dalam tempoh setahun. Namun begitu, lokasi tapak ujian alat EML di Malaysia adalah sangat terhad sedangkan alat perlu diuji dengan kadar segera. Kekangan ini juga memerlukan peruntukan kos untuk ke lokasi tapak ujian sediaada atau pembinaan makmal tapak ujian baharu. Oleh itu, inisiatif diambil dengan membangunkan prototaip Tapak Ujian Mudah Alih bagi menguji dan diagnostik alat EML dengan lebih pantas, fleksibel dan tepat. Ia dinilai keberkesanannya dengan melaksanakan pengujian alat EML RD8100 menggunakan prototaip tersebut. Prosidur pengujian dilaksanakan merujuk kepada piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dari pengukuran yang dilaksanakan didapati bahawa EML RD8100 telah dapat membuat pengesanan dan pengukuran kedalaman di Tapak Ujian Mudah Alih dengan baik dan pantas. Selain itu dari perbandingan antara kedalaman sebenar dan kedalaman yang diukur terhadap 2 jenis medium iaitu tanah laterit dan pasir menunjukkan bahawa, nilai Root Mean Square Error (RMSE) bagi kesemua pengukuran berada dalam julat 0.017 meter dan 0.057 meter. Ini menunjukkan tahap ketepatan boleh diterima dalam pengukuran utiliti bawah tanah (RMSE ≤ 0.100 meter) dan menandakan prestasi pengukuran yang konsisten dan boleh dipercayai. Kesimpulannya, prototaip ini telah membantu dalam diagnostik alat EML dengan lebih pantas, pengujian dapat dilaksanakan lebih fleksibel dan mengurangkan kebergantungan kepada makmal atau fasiliti tetap. Selain itu, tapak ujian juga lebih mudah dikawal dan diselenggara.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Nur Syamsinar Fadhilah Binti Mohamad Jaya

    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

  • Helmi Bin Abd Kadir

    Department of Civil Engineering, Politeknik Kuching Sarawak, 93500 Kuching, Sarawak, Malaysia

  • Che Ku Ahmad Fuad Bin Che Ku Abdullah

    Department of Civil Engineering, Politeknik Kuching Sarawak, 93500 Kuching, Sarawak, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Pembangunan Dan Penilaian Prototaip Tapak Ujian Mudah Alih Sebagai Diagnostik Pantas Alat Electromagnetic Locator (Eml). (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 903-912. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/f229

Similar Articles

1-10 of 23

You may also start an advanced similarity search for this article.