Kajian Pencapaian Pelajar Dalam Matematik Kejuruteraan 2 Dan Matematik Kejuruteraan 3

Authors

  • Nasrah Binti Said Author
  • Nadiana Binti Ariffin Author
  • Natrah Binti Sahi Author

Keywords:

Matematik Kejuruteraan, Peperiksaan Akhir Matematik Kejuruteraan 2, Ujian Matematik Kejuruteraan 3, Korelasi, Ujian T, Pencapaian Pelajar, Pembelajaran

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan dan perbezaan Matematik Kejuruteraan 2 iaitu kursus asas yang melibatkan topik Pembezaan dan Pengamiran (kalkulus) terhadap pencapaian pelajar dalam kursus lanjutan iaitu Matematik Kejuruteraan 3 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), khususnya dalam topik Kaedah Berangka dan Persamaan Pembezaan Biasa. Penguasaan kursus asas penting untuk pembelajaran berasaskan masalah dan menjadi faktor utama dalam pencapaian akademik pelajar, terutamanya dalam kursus-kursus induk program masing-masing. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menganalisis pencapaian pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan akhir dan ujian. Data kajian melibatkan 274 orang pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik yang mengikuti sesi pengajian 2023/2024 hingga 2024/2025. Beberapa kajian lepas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam kedua- dua kursus ini, yang mana pencapaian dalam kursus asas, Peperiksaan Akhir Matematik Kejuruteraan 2 memberi gambaran awal terhadap pencapaian dalam kursus lanjutan iaitu Matematik Kejuruteraan 3. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui analisis statistik seperti Ujian T Berpasangan dan Korelasi Spearman. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara GPA Peperiksaan Akhir Matematik Kejuruteraan 2 dan Ujian Matematik Kejuruteraan 3, di mana purata pencapaian dalam Ujian Matematik Kejuruteraan 3 adalah lebih rendah. Korelasi positif yang lemah turut dikenal pasti antara kedua-dua GPA, menandakan bahawa pencapaian pelajar dalam kursus asas mempunyai pengaruh terhadap pencapaian dalam kursus lanjutan, walaupun tidak secara langsung. Kajian ini turut disokong oleh dapatan terdahulu yang menekankan kepentingan intervensi pengajaran seperti bengkel pengukuhan, minat pelajar dan strategi pengajaran dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar. Justeru itu, hasil kajian ini dapat dijadikan asas untuk penambahbaikan kurikulum, pendekatan kaedah pembelajaran dan motivasi pelajar dalam kursus Matematik Kejuruteraan.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Nasrah Binti Said
    Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Nadiana Binti Ariffin
    Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Natrah Binti Sahi
    Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Kajian Pencapaian Pelajar Dalam Matematik Kejuruteraan 2 Dan Matematik Kejuruteraan 3. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 619-625. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c225

Similar Articles

1-10 of 60

You may also start an advanced similarity search for this article.