Bata Simen Diubahsuai Dengan Abu Sekam Padi

Authors

  • Mohd Shahrezal Bin Abd Hamid Author
  • Rahayu Binti Mhd Adnan Author
  • C T Salwaniee Binti Bahayahkhi Author

Keywords:

Bata Simen, Sekam Padi, Ujian Kekuatan Mampatan, Ujian Serapan Resapan

Abstract

Bata merupakan bahan binaan berbentuk segi empat bujur yang memiliki kekuatan tersendiri dan telah digunakan secara meluas sejak beratus tahun lalu. Kepentingannya dalam industri pembinaan tidak dapat dinafikan. Menurut Piawaian British BS 3921 (1985), saiz piawai maksimum bagi bata adalah 337.5 mm (panjang) × 225 mm (lebar) × 112.5 mm (tinggi). Bahan binaan dinding yang melebihi saiz ini dikategorikan sebagai blok binaan. Namun begitu, peningkatan harga simen yang digunakan dalam penghasilan bata telah mendorong kepada pencarian bahan alternatif yang lebih ekonomik dan lestari. Salah satu bahan yang berpotensi ialah abu sekam padi, yang lazimnya tidak dimanfaatkan secara meluas dan sering dibuang begitu sahaja. Dalam kajian ini, abu sekam padi digunakan sebagai bahan pengganti simen pada kadar peratusan tertentu bagi menilai prestasi bata dari segi kekuatan mampatan dan serapan lembapan. Hasil ujian kekuatan mampatan menunjukkan bahawa bata kawalan dan bata yang mengandungi 10% abu sekam padi mencatatkan kekuatan tertinggi berbanding sampel lain. Sementara itu, ujian serapan lembapan mendapati bahawa bata dengan 30% abu sekam padi menunjukkan kadar serapan air yang paling tinggi. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan abu sekam padi pada kadar 10% memberikan kesan positif terhadap prestasi bata simen. Kajian ini juga menyimpulkan bahawa abu sekam padi mempunyai potensi sebagai bahan tambah dalam penghasilan bata simen, khususnya untuk aplikasi berskala komersial.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Mohd Shahrezal Bin Abd Hamid
    1 Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia 2 Department of Electrical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Rahayu Binti Mhd Adnan
    1 Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia 2 Department of Electrical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • C T Salwaniee Binti Bahayahkhi
    1 Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia 2 Department of Electrical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Bata Simen Diubahsuai Dengan Abu Sekam Padi. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 409-416. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a282

Most read articles by the same author(s)

Similar Articles

1-10 of 22

You may also start an advanced similarity search for this article.