"Smart Comfort": Reka Bentuk Dan Pembangunan Penyokong Lengan Meja Secara Ergonomik Menggunakan Perisian Catia V5R21

Authors

  • Ainul Azniza Author
  • Norwadiah Mohd Andai Author
  • Noraini Mohd Baidui Author
  • Nor Hamidah Yatim Author

Keywords:

Ergonomik, Penyokong Lengan Meja, CATIA V5R21, Analisis RULA, Keselesaan

Abstract

Penyokong Lengan Meja ialah konsep perabot kecil yang biasanya dipasang pada permukaan atau sisi meja kerja untuk memberikan sokongan kepada lengan semasa melakukan aktiviti duduk seperti menaip, menulis, atau membaca. Kajian ini memfokuskan kepada proses reka bentuk alat ini dengan menitikberatkan aspek ergonomik, estetika, dan fungsi. Masalah yang dikenal pasti ialah meja kerja atau meja belajar tanpa sokongan lengan boleh menyebabkan postur duduk yang tidak ergonomik, yang berpotensi menyumbang kepada masalah kesihatan muskuloskeletal jangka panjang. Kajian ini merangkumi analisis keperluan pengguna, penerokaan konsep reka bentuk, ujian prototaip, serta penilaian kesesuaian produk menggunakan perisian ergonomik CATIA V5R21. Objektif utama kajian ini ialah untuk menyediakan sokongan lengan yang selesa dan boleh laras, bagi meningkatkan keselesaan pengguna semasa bekerja atau belajar, serta menyumbang kepada pembangunan produk yang lebih efektif dan mesra pengguna. Produk ini direka bentuk agar sesuai digunakan pada meja pejabat dan meja belajar, dengan dimensi spesifik iaitu 10 cm lebar dan 20 cm tinggi. Kaedah penyelidikan merangkumi analisis keperluan pengguna, penjanaan konsep reka bentuk berpotensi, ujian prototaip bagi menilai kebolehgunaan dan kesesuaian, serta penilaian ergonomik menggunakan perisian CATIA V5R21. Hasil analisis menunjukkan bahawa reka bentuk cadangan memperoleh skor RULA sebanyak 2, yang tergolong dalam kategori postur yang boleh diterima. Skor RULA yang rendah ini menunjukkan bahawa kedudukan lengan adalah lebih ergonomik. Analisis ini mengesahkan bahawa reka bentuk penyokong lengan meja ini berkesan dalam mengurangkan risiko kecederaan serta meningkatkan keselesaan pengguna, khususnya semasa penggunaan jangka panjang. Hasil analisis menggunakan CATIA V5R21 menunjukkan skor RULA sebanyak 2 untuk postur lengan bawah dan atas, menandakan postur tersebut berada dalam kategori selamat dan ergonomik.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Ainul Azniza
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Merlimau Melaka, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
  • Norwadiah Mohd Andai
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Merlimau Melaka, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
  • Noraini Mohd Baidui
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Merlimau Melaka, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
  • Nor Hamidah Yatim
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Merlimau Melaka, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

"Smart Comfort": Reka Bentuk Dan Pembangunan Penyokong Lengan Meja Secara Ergonomik Menggunakan Perisian Catia V5R21. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 276-286. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a236

Most read articles by the same author(s)

Similar Articles

1-10 of 35

You may also start an advanced similarity search for this article.