Inovasi Alat Angkat Beroda Untuk Buggy Elektrik Formula Pelajar

Authors

  • Amie Irmanizam Bin Ismail Author
  • Mohd Gadaffi Bin Osman Author
  • Mohd Fais Bin Ismail Author

Keywords:

buggy elektrik, formula pelajar, inovasi, mudah alih, penyelenggaraan kenderaan EV, alat angkat kenderaan

Abstract

Kajian ini menerangkan reka bentuk dan pembangunan sebuah alat pengangkat bergerak yang direka khusus untuk kenderaan jenis electric vehicle buggy. Tujuan utama pembangunan alat ini adalah untuk memudahkan kerja penyelenggaraan dan pembaikan dengan menyediakan satu penyelesaian pengangkatan yang mudah alih, stabil, dan selamat. Alat ini dibina menggunakan sistem mekanikal berasaskan tuas dan digabungkan dengan roda bagi membolehkan pergerakan yang lancar serta penggunaan di pelbagai permukaan. Bahan binaan seperti logam tahan lasak telah dipilih berdasarkan keperluan kekuatan, ketahanan terhadap beban, dan ciri ringan supaya alat ini mampu menampung berat kenderaan tanpa mengurangkan kebolehgerakan dan keselamatan pengguna. Kajian ini turut merangkumi pengiraan daya, ujian kestabilan, dan simulasi pengangkatan untuk memastikan keberkesanan alat dari segi fungsi dan keselamatan. Hasil ujian menunjukkan bahawa alat ini boleh dikendalikan dengan selamat oleh seorang individu dengan beban kenderaan sebanyak 250 kg semasa kerja penyelenggaraan. Keseluruhan hasil menunjukkan bahawa alat ini berpotensi tinggi untuk digunakan dalam bengkel, makmal kejuruteraan, atau lapangan yang melibatkan kenderaan ringan elektrik. Kajian ini diharap dapat menjadi rujukan berguna dalam pembangunan peralatan kejuruteraan automotif yang cekap, kos efektif dan mesra pengguna.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Amie Irmanizam Bin Ismail
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 08, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Mohd Gadaffi Bin Osman
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 08, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Mohd Fais Bin Ismail
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, KM 08, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Inovasi Alat Angkat Beroda Untuk Buggy Elektrik Formula Pelajar. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 715-720. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/d189

Similar Articles

1-10 of 60

You may also start an advanced similarity search for this article.