Transformasi Pentaksiran Dalam Pendidikan Tinggi: Perbandingan Antara Bidang Kejuruteraan Dan Bukan Kejuruteraan

Authors

  • Zurina bt Ismail Author
  • Norazmira Wati Awang Author
  • Nik Faizu bin Nik Kundor Author

Keywords:

Pentaksiran, Pendidikan Tinggi, Kejuruteraan, Bukan Kejuruteraan, OBE

Abstract

Pentaksiran merupakan elemen penting dalam pendidikan tinggi yang berfungsi sebagai alat untuk menilai tahap pencapaian pelajar serta kualiti pengajaran. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis keberkesanan kaedah pentaksiran sumatif dalam mengukur kualiti pembelajaran melalui perbandingan antara bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan 111 pensyarah dari pelbagai jabatan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) mengambil bahagian dalm tinjauan skala Likert yang menilai empat faktor utama: Pembinaan Instrumen, Kesahan & Kebolehpercayaan, Penyediaan Skema & Pemarkahan, dan Komunikasi dengan Pelajar. Analisis deskriptif dan inferensi dijalankan menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Dapatan kajian (analisis ujian-t) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam persepsi antara pensyarah kejuruteraan dan bukan kejuruteraan terhadap faktor skema & pemarkahan dan komunikasi dengan pelajar. Kajian ini memberikan implikasi penting dalam penambahbaikan amalan pentaksiran OBE di institusi pengajian tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Zurina bt Ismail
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Norazmira Wati Awang
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Nik Faizu bin Nik Kundor
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Transformasi Pentaksiran Dalam Pendidikan Tinggi: Perbandingan Antara Bidang Kejuruteraan Dan Bukan Kejuruteraan. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 480-487. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c146

Similar Articles

1-10 of 46

You may also start an advanced similarity search for this article.