Kajian Penetapan Kpi Programme Educational Objective (Peo) Bagi Kurikulum Versi 2019 Daripada Pemegang Taruh Diploma Kejuruteraan Di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Keywords:
Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Objektif Pendidikan Program (PEO), Hasil Pembelajaran Program (PLO), Hasil Pembelajaran Kursus (CO)Abstract
Jaminan kualiti dalam pendidikan merupakan asas penting bagi memastikan penambahbaikan berterusan serta pemeliharaan piawaian pendidikan melalui kaedah penilaian yang sistematik dan konsisten. Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik Malaysia direka bentuk untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran serta separa mahir bagi memenuhi keperluan industri. Program ini juga bertujuan membangunkan dan membekalkan tenaga kerja yang kompeten dalam menghadapi cabaran persekitaran global yang semakin dinamik dan kompetitif. Objektif Pendidikan Program (PEO) telah diguna pakai secara meluas dalam pelaksanaan program TVET di pelbagai institusi pengajian. Kajian ini dijalankan bagi menetapkan nilai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang bersesuaian bagi PEO Kurikulum versi 2019 bagi Program Diploma Kejuruteraan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Hasil kajian ini akan digunakan sebagai penanda aras prestasi dalam menilai tahap pencapaian PEO dalam kalangan graduan, 3 hingga 5 tahun selepas tamat pengajian. Satu tinjauan ke atas pihak berkepentingan telah dilaksanakan dan dijadikan rujukan utama dalam proses penentuan KPI tersebut.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Other Issues of Interest Related to TVET Research and Industry
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Kajian Penetapan Kpi Programme Educational Objective (Peo) Bagi Kurikulum Versi 2019 Daripada Pemegang Taruh Diploma Kejuruteraan Di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 930-942. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/f233