Kajian Analisis Aliran Trafik Dan Kitaran Masa Di Persimpangan Jejambat Persiaran Utama, Seremban 2
Kata kunci:
Aliran trafik, masa kitaran, persimpangan isyarat, kesesakan jalan raya, jejambat, nisbah kadar aliranAbstrak
Kajian ini dijalankan bagi menilai prestasi aliran trafik dan masa kitaran lampu isyarat di Persiaran Utama Seremban 2, berikutan masalah kesesakan dan isu keselamatan yang semakin ketara di kawasan tersebut. Persimpangan tanpa kawalan dikenal pasti sebagai punca utama kesesakan, justeru pemasangan lampu isyarat dilaksanakan bagi mengatur pergerakan kenderaan. Walau bagaimanapun, peningkatan jumlah trafik akibat pembangunan pesat menyebabkan kecekapan lampu isyarat berkurangan, lalu mendorong kepada pembinaan jejambat sebagai langkah alternatif. Kajian ini melibatkan pemantauan isipadu trafik selama tiga hari pada waktu puncak (7:00 pagi, 1:00 petang dan 5:00 petang) untuk menganalisis keberkesanan jejambat berdasarkan nisbah kadar aliran dan masa kitaran optima. Hasil kajian menunjukkan bahawa nisbah kadar aliran kekal di bawah 0.85 dan masa kitaran tidak melebihi 120 saat, menandakan peningkatan dalam kawalan aliran trafik dan keselamatan jalan raya. Kesimpulannya, pembinaan jejambat di persimpangan utama didapati berkesan dalam mengurangkan kesesakan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan lalu lintas.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Engineering and Green Technology
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Kajian Analisis Aliran Trafik Dan Kitaran Masa Di Persimpangan Jejambat Persiaran Utama, Seremban 2. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 97-104. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a180