Analisis Terhadap Kekuatan Bata Simen Komersial Dari Pengeluar Tempatan Di Dungun, Terengganu.

Authors

  • Nik Saifudin Bin Nik Md Salleh Author
  • Izham Bin Wahab @ Hassan Basari Author
  • Normala Binti Ahmad Author

Keywords:

Kekuatan Mampatan, Bata Simen, Kawalan Kualiti, Industri Pembinaan

Abstract

Bata merupakan bahan binaan asas yang memainkan peranan penting dalam memastikan kekukuhan struktur bangunan. Di Malaysia, jenis bata yang biasa digunakan termasuk bata simen, bata tanah liat, dan bata Sistem Binaan Berindustri (IBS). Pemilihan bata berkualiti tinggi adalah penting untuk menjamin kekuatan dan ketahanan struktur binaan. Kajian ini dijalankan untuk menilai kekuatan mampatan bata simen yang dijual secara komersial oleh pengedar di lima kedai perkakasan sekitar Dungun, Terengganu. Setiap kedai dipilih secara rawak, dan lima sampel bata dari setiap lokasi diuji menggunakan Mesin Ujian Universal (UTM) mengikut piawaian Malaysia MS 76:1972. Purata nilai kekuatan mampatan yang diperoleh adalah seperti berikut: Kedai A (6.71 N/mm²), Kedai B (7.07 N/mm²), Kedai C (7.55 N/mm²), Kedai D (7.26 N/mm²), dan Kedai E (7.28 N/mm²). Berdasarkan piawaian tersebut, hanya Kedai A mencatatkan nilai di bawah ambang minimum 7.0 N/mm² untuk aplikasi beban ringan, manakala kedai-kedai lain memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Keputusan ini menunjukkan terdapat variasi kualiti dalam produk bata simen yang terdapat di pasaran tempatan. Oleh itu, kajian ini menekankan kepentingan pemantauan kualiti secara berterusan dan pematuhan ketat terhadap spesifikasi teknikal oleh pengilang. Kajian ini juga mencadangkan agar pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan berkala terhadap bahan binaan yang dijual di pasaran. Dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan berguna oleh pemilik projek, kontraktor, perunding, dan badan pengawal selia dalam membuat keputusan yang tepat berkaitan pemilihan bahan binaan yang selamat dan berkualiti tinggi. Dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan berguna oleh pemilik projek, kontraktor, perunding, dan badan pengawal selia dalam membuat keputusan yang tepat berkaitan pemilihan bahan binaan yang selamat dan berkualiti tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Nik Saifudin Bin Nik Md Salleh

    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

  • Izham Bin Wahab @ Hassan Basari

    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

  • Normala Binti Ahmad

    Department of Electrical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Analisis Terhadap Kekuatan Bata Simen Komersial Dari Pengeluar Tempatan Di Dungun, Terengganu. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 295-304. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a242

Similar Articles

1-10 of 30

You may also start an advanced similarity search for this article.