Analisis Terhadap Kekuatan Bata Simen Komersial Dari Pengeluar Tempatan Di Dungun, Terengganu.
Kata kunci:
Kekuatan Mampatan, Bata Simen, Kawalan Kualiti, Industri PembinaanAbstrak
Bata merupakan bahan binaan asas yang memainkan peranan penting dalam memastikan kekukuhan struktur bangunan. Di Malaysia, jenis bata yang biasa digunakan termasuk bata simen, bata tanah liat, dan bata Sistem Binaan Berindustri (IBS). Pemilihan bata berkualiti tinggi adalah penting untuk menjamin kekuatan dan ketahanan struktur binaan. Kajian ini dijalankan untuk menilai kekuatan mampatan bata simen yang dijual secara komersial oleh pengedar di lima kedai perkakasan sekitar Dungun, Terengganu. Setiap kedai dipilih secara rawak, dan lima sampel bata dari setiap lokasi diuji menggunakan Mesin Ujian Universal (UTM) mengikut piawaian Malaysia MS 76:1972. Purata nilai kekuatan mampatan yang diperoleh adalah seperti berikut: Kedai A (6.71 N/mm²), Kedai B (7.07 N/mm²), Kedai C (7.55 N/mm²), Kedai D (7.26 N/mm²), dan Kedai E (7.28 N/mm²). Berdasarkan piawaian tersebut, hanya Kedai A mencatatkan nilai di bawah ambang minimum 7.0 N/mm² untuk aplikasi beban ringan, manakala kedai-kedai lain memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Keputusan ini menunjukkan terdapat variasi kualiti dalam produk bata simen yang terdapat di pasaran tempatan. Oleh itu, kajian ini menekankan kepentingan pemantauan kualiti secara berterusan dan pematuhan ketat terhadap spesifikasi teknikal oleh pengilang. Kajian ini juga mencadangkan agar pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan berkala terhadap bahan binaan yang dijual di pasaran. Dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan berguna oleh pemilik projek, kontraktor, perunding, dan badan pengawal selia dalam membuat keputusan yang tepat berkaitan pemilihan bahan binaan yang selamat dan berkualiti tinggi. Dapatan kajian ini boleh dijadikan rujukan berguna oleh pemilik projek, kontraktor, perunding, dan badan pengawal selia dalam membuat keputusan yang tepat berkaitan pemilihan bahan binaan yang selamat dan berkualiti tinggi.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Engineering and Green Technology
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Analisis Terhadap Kekuatan Bata Simen Komersial Dari Pengeluar Tempatan Di Dungun, Terengganu. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 295-304. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a242