Analisis Penerimaan Teknologi Silent Piling Di Kalangan Jurutera Perunding Di Malaysia

Authors

  • Zaiton Binti Ibrahim Author
  • Mohd Ridzuan Bin Zainordin Author
  • Nor Faizah Binti Ismail Author

Keywords:

Silent Piling, Teknologi Pembinaan Lestari, Jurutera Perunding Malaysia, Penerimaan Teknologi, Pembinaan Lestari, Kaedah Press-in

Abstract

Teknologi cerucuk senyap (silent piling) telah diperkenalkan sebagai kaedah pemasangan cerucuk yang lebih lestari berbanding kaedah konvensional yang menghasilkan bunyi dan getaran tinggi. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penerimaan teknologi ini dalam kalangan jurutera perunding di Malaysia dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai N = 43 responden daripada firma kejuruteraan berdaftar di bawah Association of Consulting Engineers Malaysia (ACEM) telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Data telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26 yang melibatkan analisis kebolehpercayaan (reliability analysis), kekerapan (frequency analysis) dan korelasi (correlation analysis). Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penerimaan terhadap teknologi cerucuk senyap adalah tinggi dengan nilai min antara 3.82 hingga 4.15. Tiga pemboleh ubah yang menunjukkan hubungan korelasi yang signifikan terhadap potensi teknologi ini ialah pengetahuan teknikal (r = 0.590), penerimaan teknologi (r = 0.734), dan pelaksanaan kelestarian dalam industri (r = 0.725). Dapatan ini menunjukkan bahawa teknologi ini berpotensi untuk diperluaskan penggunaannya dalam industri pembinaan di Malaysia. Kajian ini mencadangkan agar pihak berkepentingan menyediakan latihan, insentif serta dasar sokongan bagi memperluaskan penggunaan teknologi ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Zaiton Binti Ibrahim
    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Mohd Ridzuan Bin Zainordin
    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Nor Faizah Binti Ismail
    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Analisis Penerimaan Teknologi Silent Piling Di Kalangan Jurutera Perunding Di Malaysia. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 314-324. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a244

Similar Articles

1-10 of 115

You may also start an advanced similarity search for this article.