Kajian Awal Perbandingan Teknologi Tenaga Suria Dan Aplikasi Optimumnya Di Malaysia

Authors

  • Ainul Azniza Ahmad Zaini Author
  • Noraini Mohd Baidui Author
  • Nor Hamidah Yatim Author
  • Norwadiah Mohd Andai Author
  • Muhammad Nabil bin Norazman Author
  • Mohamad Ammir Ibtisham Author

Keywords:

Tenaga Suria, Teknologi Fotovoltaik, Kuasa Suria Tertumpu, Aplikasi Optimum, Malaysia

Abstract

Permintaan terhadap tenaga boleh diperbaharui semakin meningkat selari dengan usaha global untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil dan menangani isu perubahan iklim. Tenaga suria dikenalpasti sebagai antara sumber paling berpotensi, namun kepelbagaian teknologi yang tersedia seperti sistem fotovoltaik (PV), kuasa suria tertumpu (CSP), panel bifacial, sistem suria terma dan panel nipis (thin film) menimbulkan cabaran dalam menentukan teknologi yang paling sesuai bagi aplikasi tertentu, terutamanya dalam konteks iklim tropika dan keperluan tenaga di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menjalankan penilaian awal terhadap lima teknologi tenaga suria utama melalui pendekatan analisis literatur dan perbandingan kualitatif. Penilaian dibuat berdasarkan faktor seperti kecekapan tenaga, kos pemasangan dan penyelenggaraan, keperluan ruang, serta kesesuaian aplikasi di persekitaran tempatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada satu teknologi yang paling unggul secara mutlak, sebaliknya setiap teknologi mempunyai kekuatan tersendiri mengikut konteks penggunaan. Sebagai contoh, teknologi PV sesuai untuk kediaman dan kawasan luar bandar, manakala CSP dan panel bifacial lebih efisien untuk ladang solar berskala besar. Kajian ini menyimpulkan bahawa pemilihan teknologi tenaga suria yang berpandukan kepada padanan aplikasi dapat meningkatkan kecekapan sistem, mengoptimumkan pelaburan dan menyokong peralihan negara ke arah masa depan tenaga yang lebih lestari.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Ainul Azniza Ahmad Zaini
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Merlimau Melaka, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
  • Noraini Mohd Baidui
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Merlimau Melaka, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
  • Nor Hamidah Yatim
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Merlimau Melaka, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
  • Norwadiah Mohd Andai
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Merlimau Melaka, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
  • Muhammad Nabil bin Norazman
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Merlimau Melaka, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
  • Mohamad Ammir Ibtisham
    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Merlimau Melaka, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Kajian Awal Perbandingan Teknologi Tenaga Suria Dan Aplikasi Optimumnya Di Malaysia. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 368-373. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a265

Similar Articles

1-10 of 115

You may also start an advanced similarity search for this article.