Penilaian Kebolehdapatan Kerja Graduan Diploma Teknologi Maklumat Berdasarkan Maklum Balas Alumni

Authors

  • Nor Syahadataini Binti Awang Author
  • Fauziah Binti Basok Author
  • Nor Zilaila Binti Jaafar Author

Keywords:

Kebolehdapatan Kerja, Objektif Pendidikan Program (PEO), Alumni, Politeknik, Teknologi Maklumat

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehdapatan kerja graduan berdasarkan pencapaian objektif pendidikan program (PEO) bagi program Diploma Teknologi Maklumat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. PEO merupakan sasaran jangka panjang program akademik yang merangkumi pencapaian profesional, pembangunan kerjaya, dan sumbangan sosial graduan dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas tamat pengajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan pengedaran soal selidik secara dalam talian sebagai instrumen pengumpulan data penyelidikan. Sebanyak 80 sampel data telah diperoleh daripada alumni kohort Disember 2018. Instrumen soal selidik dibangunkan berdasarkan indikator pencapaian PEO dan tahap kebolehdapatan kerja, termasuk status pekerjaan, kesesuaian bidang kerja, dan penggunaan kemahiran yang diperoleh semasa pengajian. Ujian kesahihan dan kebolehpercayaan terhadap instrumen menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha tinggi iaitu 0.97. Hasil kajian menunjukkan majoriti graduan berjaya mencapai matlamat PEO pertama dan kedua yang berkaitan dengan kebolehpasaran dan kemajuan kerjaya, namun terdapat ruang penambahbaikan dari segi PEO yang melibatkan sumbangan kepada masyarakat dan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu, mereka perlu berusaha menyesuaikan diri dengan situasi semasa dengan mengenal pasti kemahiran baru yang diperlukan oleh industri. Mereka perlu mencari peluang untuk meningkatkan kemahiran supaya relevan dengan keperluan semasa. Graduan perlu menonjolkan keunikan bidang kepakaran mereka sebagai nilai tambah agar dipilih sebagai pekerja. Mereka juga boleh mencipta pekerjaan sendiri sekiranya terlibat dalam dunia keusahawanan menggunakan teknologi.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Nor Syahadataini Binti Awang
    Department of Information and Communication Technology (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Fauziah Binti Basok
    Department of Information and Communication Technology (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Nor Zilaila Binti Jaafar
    Department of Information and Communication Technology (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Penilaian Kebolehdapatan Kerja Graduan Diploma Teknologi Maklumat Berdasarkan Maklum Balas Alumni. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 399-408. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a278

Similar Articles

1-10 of 113

You may also start an advanced similarity search for this article.