Kajian Keberkesanan Pembangunan Prototaip Mesin Pengacuan Suntikan Plastik (Injection Moulding) Untuk Demostrasi Kursus Bengkel Di Politeknik Merlimau Melaka

Authors

  • Nor Azrin Binti Nozmi Author
  • Jannatunnaim Binti Harun Author
  • Nasrah Binti Mahmud Author

Keywords:

Mesin, Pengacuan Suntikan, Plastik proses, resin

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan pembangunan sebuah mesin pengacuan suntikan bersaiz kompak (skala kecil) sebagai alat bantu pengajaran untuk demonstrasi kursus bengkel khususnya DJF41042 - Manufacturing Workshop Practice 3 di Politeknik Merlimau Melaka. Ketiadaan mesin pengacuan suntikan berskala industri di Politeknik ini telah menjejaskan keupayaan pelajar untuk memahami konsep dan operasi sebenar teknologi pemprosesan plastik yang penting bagi keperluan kerjaya mereka di sektor pembuatan. Justeru, sebuah mesin kompak atau berskala kecil dibangunkan sebagai alternatif yang boleh digunakan untuk tujuan demonstrasi secara langsung di dalam kelas atau bengkel. Kajian ini melibatkan kaedah soal selidik dan pemerhatian ke atas pelajar yang mengikuti kursus berkaitan, bagi mengukur tahap kefahaman mereka sebelum dan selepas pendedahan kepada penggunaan mesin tersebut. Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pemahaman pelajar terhadap prinsip operasi, komponen utama dan aplikasi industri mesin pengacuan suntikan. Pembangunan mesin kompak ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah membolehkan pelajar mengalami simulasi amali yang lebih realistik berbanding kaedah pengajaran konvensional seperti video atau nota bergambar. Dapatan ini menyokong penggunaan mesin berskala kecil sebagai penyelesaian efektif dalam menghadapi kekangan fasiliti di institusi pendidikan teknikal, khususnya di Politeknik Merlimau Melaka.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Nor Azrin Binti Nozmi
    Department of Mechanical Engineering (JKM), Politeknik Merlimau,77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
  • Jannatunnaim Binti Harun
    Department of Mechanical Engineering (JKM), Politeknik Merlimau,77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
  • Nasrah Binti Mahmud
    Department of Mechanical Engineering (JKM), Politeknik Merlimau,77300 Merlimau, Melaka, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Kajian Keberkesanan Pembangunan Prototaip Mesin Pengacuan Suntikan Plastik (Injection Moulding) Untuk Demostrasi Kursus Bengkel Di Politeknik Merlimau Melaka. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 737-744. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/d196

Similar Articles

1-10 of 15

You may also start an advanced similarity search for this article.