Keberkesanan Program Polipreneur Dalam Melahirkan Usahawan Tvet Yang Holistik Di Politeknik Sultan Azlan Shah
Keywords:
Keusahawanan Holistik, TVET, Polipreneur, Kemahiran InsaniahAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan program Polipreneur dalam melahirkan graduan yang memiliki ciri-ciri usahawan holistik, selaras dengan matlamat pendidikan TVET dan keperluan pasaran kerja semasa. Tumpuan utama kajian adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen utama keusahawanan holistik yang diterapkan dalam program ini serta menilai kesannya terhadap pembangunan pengetahuan, kemahiran, dan nilai keusahawanan pelajar. Pendekatan kajian ini berbentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan soal selidik melibatkan 40 orang pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah yang terlibat secara langsung dalam program tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar bersetuju bahawa program Polipreneur telah memberikan impak positif dalam meningkatkan kemahiran insaniah, pemikiran kritis, serta keyakinan diri mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Di samping itu, nilai moral dan etika yang diterapkan turut menjadi aspek penting dalam membentuk jati diri usahawan yang berintegriti. Secara keseluruhannya, program Polipreneur dilihat berpotensi sebagai satu model pendidikan keusahawanan yang menyeluruh dan berkesan dalam konteks TVET, khususnya dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja kompeten dari aspek teknikal, tetapi juga berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran global.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Social Science and Business in TVET
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Keberkesanan Program Polipreneur Dalam Melahirkan Usahawan Tvet Yang Holistik Di Politeknik Sultan Azlan Shah. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 574-580. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c179