Reka Bentuk Dan Penilaian Meja Belajar Pintar Sebagai Alat Bantu Pengajaran Dalam Subjek Industrial Automation
Kata kunci:
Meja Belajar Pintar, Industrial Automation, Arduino UNO, Motor DC 12V Sistem Kawalan AutomatikAbstrak
Kajian ini memfokuskan kepada reka bentuk dan penilaian Meja Belajar Pintar sebagai alat bantu pengajaran dalam subjek Industrial Automation, yang menekankan elemen praktikal dan aplikasi dunia sebenar. Kajian ini dijalankan bagi menangani isu kekurangan alat bantu mengajar interaktif yang dapat memudahkan pemahaman pelajar terhadap konsep automasi industri, khususnya dalam aspek penggerak, sistem mekanikal dan integrasi sensor. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan satu prototaip meja belajar yang mampu meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar secara interaktif melalui penggunaan teknologi automasi.Meja ini direka bentuk menggunakan mikropengawal Arduino UNO untuk mengawal motor DC 12V melalui pemacu motor L298N, dan disambungkan secara tanpa wayar menggunakan modul Bluetooth HC-05. Antara fungsi utama termasuk sistem lipatan automatik, roda bermotor dan port pengecas USB, yang membolehkan kawalan sepenuhnya melalui telefon pintar.Kaedah kajian melibatkan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PjBL), diikuti dengan soal selidik kepada 25 orang pelajar. Hasil analisa menunjukkan purata skor kefahaman pelajar meningkat kepada 4.3 daripada 5, dengan sisihan piawai ±0.52. Kesimpulannya, Meja Belajar Pintar menunjukkan dapat membantu sebagai alat bantu pengajaran yang interaktif dan berkesan dalam menyokong keperluan pendidikan teknikal semasa. Cadangan penambahbaikan termasuklah penambahan fungsi IoT, integrasi paparan maklum balas masa nyata dan sambungan ke platform pembelajaran digital seperti Google Classroom.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Innovation in TVET Learning and Teaching
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Reka Bentuk Dan Penilaian Meja Belajar Pintar Sebagai Alat Bantu Pengajaran Dalam Subjek Industrial Automation. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 768-775. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/d249