Keberkesanan Jerami Padi Sebagai Bahan Tambah Dalam Penghasilan Bata Turap: Analisis Kekuatan Mampatan Dan Daya Serapan Air
Kata kunci:
Jerami padi, bata turap, kekuatan mampatan, serapan air, lestariAbstrak
Kajian ini dijalankan untuk menilai kesesuaian jerami padi sebagai bahan tambah alternatif dalam penghasilan bata turapan, berasaskan persoalan mengenai kebergantungan terhadap bahan konvensional dan isu pencemaran akibat pembakaran terbuka sisa pertanian. Empat sampel disediakan dengan peratusan jerami padi sebanyak 0% (kawalan), 40%, 50% dan 60% sebagai pengganti agregat halus. Kajian makmal ini melibatkan ujian kekuatan mampatan dan kadar serapan air selepas tujuh hari pengerasan. Hasil ujian menunjukkan bahawa campuran 40% jerami padi masih mengekalkan kekuatan mampatan yang sesuai bagi aplikasi bukan struktur dan mempunyai kadar serapan air yang terkawal. Namun, campuran melebihi 50% menyebabkan penurunan kekuatan dan peningkatan kadar porositi yang ketara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa had optimum penambahan jerami padi ialah tidak melebihi 40%. Kajian ini memberi impak positif dalam menyokong pembinaan hijau, mengurangkan pelepasan karbon, serta memanfaatkan sisa pertanian sebagai bahan binaan yang lestari dan mesra alam. Keberkesanan jerami padi dalam aplikasi ini berpotensi mengurangkan kos, pencemaran udara dan membuka laluan kepada penghasilan produk binaan berasaskan sumber boleh diperbaharui.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Engineering and Green Technology
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Keberkesanan Jerami Padi Sebagai Bahan Tambah Dalam Penghasilan Bata Turap: Analisis Kekuatan Mampatan Dan Daya Serapan Air. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 222-230. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a221