Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (Gis) Dalam Mengoptimumkan Halal Logistik Dan Pengurusan Rantaian Bekalan: Kajian Kes Di Lembah Klang

Pengarang

  • Gs. Sr. Asrul Bin Zakaria Pengarang
  • Professor Madya Ts. Gs. Dr. Abdul Rauf Abdul Rasam Pengarang
  • Ts. Zaleha Binti Ismail Pengarang

Kata kunci:

GIS, Logistik Halal, Rantaian Bekalan Halal, Pengurusan Spatial, Lembah Klang

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meneroka potensi penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam mengoptimumkan operasi halal logistik dan pengurusan rantaian bekalan di Lembah Klang. Dalam era globalisasi dan peningkatan permintaan terhadap produk halal, kecekapan dalam pengurusan rantaian bekalan halal menjadi elemen kritikal, terutamanya dalam memastikan pematuhan terhadap piawaian halal sepanjang proses penghantaran dan pengedaran. Metodologi kajian ini melibatkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif, termasuk analisis peta spatial GIS, temu bual separa berstruktur dengan pemain industri halal, serta pengumpulan data sekunder daripada agensi berkaitan. Data GIS digunakan untuk memetakan laluan pengedaran, lokasi kemudahan logistik halal seperti gudang dan pusat pemprosesan, serta kawasan permintaan tinggi. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan GIS mampu meningkatkan ketelusan, kebolehkesanan (traceability), dan kecekapan operasi logistik halal melalui perancangan laluan yang lebih optimum dan pengenalpastian lokasi strategik untuk pengembangan infrastruktur. GIS turut membantu dalam mengurangkan kos operasi dan masa penghantaran sambil mengekalkan pematuhan terhadap keperluan halal. Kesimpulannya, integrasi GIS dalam pengurusan rantaian bekalan halal memberikan impak positif terhadap keberkesanan sistem logistik di Lembah Klang. Penggunaan teknologi ini disarankan sebagai sebahagian daripada transformasi digital industri halal untuk menjamin kebolehpercayaan dan daya saing di pasaran tempatan dan global.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Gs. Sr. Asrul Bin Zakaria

    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, 25350 Kuantan, Pahang, Malaysia 

  • Professor Madya Ts. Gs. Dr. Abdul Rauf Abdul Rasam

    Malaysia Institute of Transport (MITRANS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia

  • Ts. Zaleha Binti Ismail

    Department of Food Technology, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, 25350 Kuantan, Pahang, Malaysia

Diterbitkan

2025-11-01

Cara Memetik

Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (Gis) Dalam Mengoptimumkan Halal Logistik Dan Pengurusan Rantaian Bekalan: Kajian Kes Di Lembah Klang. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 882-891. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/f200

Artikel Sejenis

1-10 daripada 14

Anda juga boleh mulakan carian persamaan lanjutan untuk artikel ini.