Kajian Pencapaian Pelajar Bagi Kursus Dcc40163 Theory Of Structure, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin: Perbandingan Antara Penilaian Berterusan Dan Peperiksaan Akhir

Authors

  • Nor Faizah binti Ismail Author
  • Normawati binti Abdul Rahman Author
  • Zaiton binti Ibrahim Author

Keywords:

Continuous Assessment, Final Examination, Theory of Structures, Jantina, Kelas, Faktor

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi meneliti hubungan antara penilaian berterusan (Continuous Assessment, CA) dan peperiksaan akhir (Final Examination, FE) terhadap pencapaian pelajar dalam kursus DCC40163 di PSMZA bagi dua sesi pengajian, iaitu Sesi 2:2023/2024 dan Sesi 1:2024/2025. Hasil daripada laporan CORR dari SPMP bagi kursus DCC40163 mendapati peratus pelajar yang mendapat perbezaan markah kurang daripada 30% diantara Penilaian Berterusan dan Peperiksaan Akhir tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti sama ada wujud perbezaan signifikan dalam prestasi pelajar berdasarkan faktor kelas dan jantina. Penilaian berterusan merangkumi tugasan, ujian, kuiz dan aktiviti pembelajaran sepanjang semester, manakala peperiksaan akhir merangkumi penilaian bertulis yang menguji penguasaan pelajar terhadap keseluruhan kandungan kursus. Seramai 119 orang pelajar dijadikan sampel kajian, yang terdiri daripada beberapa kelas dan jantina berbeza. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 21 dengan pendekatan Analisis Varians (ANOVA) bagi menentukan tahap signifikan perbezaan pencapaian pelajar di antara kelas. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam pencapaian CA dan FE antara kelas. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti gaya pengajaran pensyarah, pendekatan pembelajaran pelajar, dan suasana kelas yang berbeza. Analisis kedua yang dijalankan ialah dengan menggunakan pendekatan Ujian-T bagi melihat perbezaan pencapaian pelajar berdasarkan jantina. Namun begitu, analisis mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar berdasarkan jantina, sekali gus menunjukkan bahawa pelajar lelaki dan perempuan mempunyai peluang dan keupayaan yang seimbang dalam kursus ini. Kajian ini diharap dapat menjadi panduan dalam penambahbaikan aspek pengurusan kelas, strategi pengajaran dan kaedah penilaian agar dapat meningkatkan prestasi pelajar secara menyeluruh dan berterusan.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Nor Faizah binti Ismail
    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Normawati binti Abdul Rahman
    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Zaiton binti Ibrahim
    Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Kajian Pencapaian Pelajar Bagi Kursus Dcc40163 Theory Of Structure, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin: Perbandingan Antara Penilaian Berterusan Dan Peperiksaan Akhir. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 581-588. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c195

Similar Articles

1-10 of 25

You may also start an advanced similarity search for this article.