Pengintegrasian Pendidikan Alam Sekitar Dalam Kurikulum: Implikasinya Terhadap Tabiat Harian Dan Tingkah Laku Lestari Pelajar

Pengarang

  • Nur Fadzillah Binti Hussin Pengarang
  • Hasliza Binti A Rahim @ Abd Rahman Pengarang
  • Azlin Binti Yajid Pengarang

Kata kunci:

Pendidikan Alam Sekitar, Sikap, Tingkah Laku, Kurikulum

Abstrak

Penerapan pendidikan alam sekitar dalam kurikulum merupakan pendekatan ke arah pendidikan yang berteraskan pembangunan mampan. Ia mampu mendidik para pelajar generasi akan datang ke arah penekanan konsep kehidupan yang lestari. Dalam merealisasikan hasrat mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara mampan menjelang 2030, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti turut berperanan dalam menyediakan pendidikan alam sekitar yang mampu melahirkan generasi masa depan yang berorientasikan masyarakat hijau. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara persepsi, sikap dan tingkah laku pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik terhadap alam sekitar. Seramai 149 orang pelajar dari beberapa politeknik terpilih di zon Timur telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik berskala Likert yang merangkumi aspek pendidikan alam sekitar, persepsi, sikap dan tingkah laku pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar yang menerima pendidikan berkaitan alam sekitar turut terlibat dalam aktiviti perlindungan alam sekitar seperti kesukarelawanan, memberi amaran, penyertaan aktif serta amalan kitar semula dan penggunaan tenaga alternatif yang lebih mesra alam. Dapatan ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap persepsi pelajar terhadap kepentingan pendidikan alam sekitar. Analisis korelasi pula menunjukkan wujud hubungan positif antara pembolehubah persepsi, sikap dan tingkah laku pelajar terhadap alam sekitar.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Nur Fadzillah Binti Hussin
    Department of Electrical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Hasliza Binti A Rahim @ Abd Rahman
    Department of Electrical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Azlin Binti Yajid
    Department of Electrical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

Diterbitkan

2025-11-01

Cara Memetik

Pengintegrasian Pendidikan Alam Sekitar Dalam Kurikulum: Implikasinya Terhadap Tabiat Harian Dan Tingkah Laku Lestari Pelajar. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 105-113. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a182

Artikel Sejenis

1-10 daripada 47

Anda juga boleh mulakan carian persamaan lanjutan untuk artikel ini.