Bata Simen Diubahsuai Dengan Abu Sekam Padi
Kata kunci:
Bata Simen, Sekam Padi, Ujian Kekuatan Mampatan, Ujian Serapan ResapanAbstrak
Bata merupakan bahan binaan berbentuk segi empat bujur yang memiliki kekuatan tersendiri dan telah digunakan secara meluas sejak beratus tahun lalu. Kepentingannya dalam industri pembinaan tidak dapat dinafikan. Menurut Piawaian British BS 3921 (1985), saiz piawai maksimum bagi bata adalah 337.5 mm (panjang) × 225 mm (lebar) × 112.5 mm (tinggi). Bahan binaan dinding yang melebihi saiz ini dikategorikan sebagai blok binaan. Namun begitu, peningkatan harga simen yang digunakan dalam penghasilan bata telah mendorong kepada pencarian bahan alternatif yang lebih ekonomik dan lestari. Salah satu bahan yang berpotensi ialah abu sekam padi, yang lazimnya tidak dimanfaatkan secara meluas dan sering dibuang begitu sahaja. Dalam kajian ini, abu sekam padi digunakan sebagai bahan pengganti simen pada kadar peratusan tertentu bagi menilai prestasi bata dari segi kekuatan mampatan dan serapan lembapan. Hasil ujian kekuatan mampatan menunjukkan bahawa bata kawalan dan bata yang mengandungi 10% abu sekam padi mencatatkan kekuatan tertinggi berbanding sampel lain. Sementara itu, ujian serapan lembapan mendapati bahawa bata dengan 30% abu sekam padi menunjukkan kadar serapan air yang paling tinggi. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan abu sekam padi pada kadar 10% memberikan kesan positif terhadap prestasi bata simen. Kajian ini juga menyimpulkan bahawa abu sekam padi mempunyai potensi sebagai bahan tambah dalam penghasilan bata simen, khususnya untuk aplikasi berskala komersial.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2025-11-01
Terbitan
Bahagian
Engineering and Green Technology
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Bata Simen Diubahsuai Dengan Abu Sekam Padi. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 409-416. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/a282