Tahap Kefahaman, Amalan Dan Persepsi Pelajar Perempuan Muslim Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Mengenai Kewajipan Menutup Aurat
Keywords:
Kefahaman, Amalan, Persepsi, Pelajar Muslimah, Kewajipan Menutup Aurat, PoliteknikAbstract
Isu pematuhan terhadap kewajipan menutup aurat dalam kalangan pelajar perempuan Muslim kini semakin mencabar berikutan pengaruh fesyen moden dan media sosial yang meluas. Walaupun pendidikan Islam telah diterapkan di pelbagai peringkat, masih wujud kekeliruan dan kecuaian dalam mengamalkan konsep menutup aurat sebagaimana yang dituntut oleh syarak. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kefahaman, amalan, dan persepsi pelajar perempuan Muslim di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin terhadap kewajipan menutup aurat serta mengkaji hubungan antara ketiga-tiga pembolehubah tersebut dengan mengambil kira faktor demografi seperti program pengajian dan tempat tinggal. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik kepada 175 orang responden yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menentukan min, peratusan dan sisihan piawai serta analisis inferensi menggunakan ujian korelasi Pearson bagi mengenal pasti hubungan antara kefahaman, amalan dan persepsi. Analisis dilakukan menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kefahaman pelajar terhadap kewajipan menutup aurat berada pada tahap tinggi (min = 4.4400, SP = 0.60679), tahap amalan juga berada pada tahap tinggi (min = 3.7124, SP = 0.51336), manakala persepsi pelajar turut berada pada tahap tinggi (min = 4.4498, SP = 0.56639). Seterusnya, analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan antara kefahaman dan amalan (r = 0.601, p < 0.01), kefahaman dan persepsi (r = 0.577, p < 0.01), serta antara amalan dan persepsi (r = 0.538, p < 0.01). Ini menunjukkan bahawa peningkatan kefahaman pelajar terhadap kewajipan menutup aurat akan menyumbang kepada peningkatan amalan dan persepsi yang positif terhadap tuntutan syarak tersebut. Kajian mencadangkan agar program pemantapan kefahaman Islam melalui pendekatan dakwah, bimbingan rohani, serta kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan pihak luar diperhebatkan bagi meningkatkan kesedaran dan pengamalan menutup aurat secara menyeluruh dan berterusan dalam kalangan pelajar Muslimah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2025-11-01
Issue
Section
Social Science and Business in TVET
License
Copyright (c) 2025 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Tahap Kefahaman, Amalan Dan Persepsi Pelajar Perempuan Muslim Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Mengenai Kewajipan Menutup Aurat. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 539-550. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c168