Perbezaan Amalan Keagamaan Dan Karakter Positif Mengikut Tahun Pengajian: Kajian Terhadap Program Ihya Ramadhan Di Psmza

Authors

  • Abdullah Bin Dazid @ Ab Aziz Author
  • Wan Mohd Rizaire bin Wan Mohamad Noor Author
  • Muhammad Sofiyuddin bin Zakaria Author

Keywords:

Program Ihya Ramadhan, Amalan Keagamaan, Karakter Positif, Tahun Pengajian, Politeknik

Abstract

Kajian ini meneliti keberkesanan Program Ihya Ramadhan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) terhadap peningkatan amalan keagamaan dan pembentukan karakter positif pelajar, dengan fokus kepada perbezaan mengikut tahun pengajian. Menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif deskriptif korelasi, data dikumpul daripada 461 responden melalui soal selidik yang merangkumi aspek amalan keagamaan, karakter positif, dan maklum balas terhadap program. Analisis deskriptif menunjukkan tahap amalan keagamaan yang tinggi, khususnya dalam konsistensi solat, berpuasa, dan pembacaan al-Quran, serta peningkatan karakter positif seperti rasa hormat, tanggungjawab, dan kesabaran. Analisis ANOVA mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam amalan keagamaan mengikut tahun pengajian (p<0.05), di mana pelajar Tahun 2 mencatat skor lebih tinggi berbanding Tahun 3, manakala tiada perbezaan signifikan bagi karakter positif. Dapatan ini menunjukkan bahawa program tersebut berkesan dalam memupuk amalan keagamaan dan karakter positif merentas semua tahun pengajian, namun memerlukan pendekatan bersasar untuk memaksimumkan impak kepada pelajar mengikut tahun pengajian. Kajian ini memberi implikasi penting kepada perancangan program kerohanian yang lebih strategik di institusi pengajian tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Abdullah Bin Dazid @ Ab Aziz

     Department of General Studies, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia 

  • Wan Mohd Rizaire bin Wan Mohamad Noor

    Department of Mechanical Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia

  • Muhammad Sofiyuddin bin Zakaria

    Department of General Studies, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia 

Downloads

Published

2025-11-01

How to Cite

Perbezaan Amalan Keagamaan Dan Karakter Positif Mengikut Tahun Pengajian: Kajian Terhadap Program Ihya Ramadhan Di Psmza. (2025). I-MaTRiX Conference Proceedings, 1(1), 473-479. https://jtmk.psmza.edu.my/ojs/imatrix/article/view/c139

Similar Articles

1-10 of 112

You may also start an advanced similarity search for this article.